Thursday, 1 September 2022

RTM Johor FM boleh diterima di negeri Pahang (Rompin, Pulau Tioman, Pekan dan sebahagian kecil Kuantan) pada frekuensi FM 92.1MHz dari Bukit Tinggi (Johor Timur)

  

Siaran RTM Johor FM bukan sahaja boleh diikuti di Melaka Selatan (Jasin, Asahan, Bemban, Merlimau), Negeri Sembilan Selatan (Gemas, Gemencheh, Jempol, Tampin) dan Barat Daya Pahang (Keratong, Muadzam Shah) dengan melalui frekuensi FM 105.3MHz dari Gunung Ledang, tetapi Johor FM boleh diterima siarannya di Pahang Timur pada frekuensi FM 92.1MHz yang dipancar dari Bukit Tinggi (Johor Timur).

 

Johor FM 92.1MHz boleh diterima di:

1. Pekan (138km)

2. Nenasi

3. Kuala Rompin (61km)

4. Tanjung Gemuk

5. Sebahagian kecil Kuantan (173km)

6. Gambang (172km)

 

Di Pahang Timur, Johor FM 92.1MHz boleh diterima dengan jelas dari Bandar Pekan sehingga sempadan negeri Johor (Tanjung Gemuk), tetapi terdapat kawasan di Pekan mungkin mengalami gangguan frekuensi bersebelahan dengan Lite FM 92.2MHz dari Gunung Ledang, cuma gangguan antara Johor FM dan Lite FM adalah minima.


Manakala di kawasan Kuala Rompin, siaran Johor FM 92.1MHz masih boleh diikuti dengan jelas, walaupun ia mempunyai jarak frekuensi 200kHz dengan Pahang FM 91.9MHz Kuala Rompin. Isyarat semakin jelas apabila menerima siaran Johor FM 92.1MHz di Tanjung Gemuk.

 

Isyarat sangat lemah diterima di Kuantan dan Gambang.


No comments:

Post a Comment