Tuesday 27 September 2022

Molek FM akan mendarat ke Kuantan pada frekuensi FM 100.4MHz, manakala 8FM akan meninggalkan pasaran Kuantan.


 

Mulai dari 25hb September 2022, pendengar 8FM di Kuantan perlu memuat turun applikasi Audio+ atau mendengar siaran 8FM di strim online kerana frekuensi Kuantan 8FM 100.4MHz akan digantikan oleh Molek FM.


Pelancaran siaran Molek FM di Kuantan dijangka berlaku pada bulan Oktober 2022.


Molek FM dilancarkan pada bulan Januari 2022 di Kota Bharu pada 105.1MHz dan Kuala Terengganu pada 93.6MHz. Sebelum ini, frekuensi sebelum Molek FM digunakan oleh Buletin FM.

 

Selepas 9 bulan bersiaran, Molek FM bakal mendarat ke Kuantan pada frekuensi FM 100.4MHz dengan mengambil alih slot 8FM (siaran radio bahasa Cina oleh Media Prima Audio).

 

Saya berasa prestasi rating pendengar 8FM di Kuantan tidak memuaskan, ini menyebabkan 8FM berkorban frekuensi Kuantan dengan menyerahkan slotnya kepada Molek FM.


Frekuensi Molek FM di Kuantan ialah 100.4MHz, dipancar dari Bukit Pelindung. Liputan kawasan ialah:


- Kuantan

- Cherating

- Balok

- Beserah

- Chukai

- Kemasik

- Kijal

- Gambang

- Pekan


Bagi 8FM, terdapat sesetengah kawasan di Kuantan boleh menerima siaran ini pada frekuensi FM 88.1MHz dari Gunung Ulu Kali yang meliputi Pahang Barat dan Lembah Klang, namun penerimaan siaran 8FM 88.1MHz di Kuantan kurang jelas. Bukan seluruh kawasan di Kuantan boleh menerima siaran 8FM pada 88.1MHz dari Gunung Ulu Kali. Selain itu, terdapat juga kawasan Kuantan mengalami gangguan frekuensi oleh Pahang FM 88.0MHz dari Bukit Sembilan dan Nasional FM 88.3MHz dari Bukit Sulai apabila menerima siaran 8FM 88.1MHz dari Gunung Ulu Kali.

 

Di sini terdapat rakaman video saya yang menerima siaran 8FM di Paya Besar, Kuantan pada 88.1MHz dari Gunung Ulu Kali dimana saya merakam pada 29hb Ogos 2022 semasa saya bertolak dari Kuantan ke Kuala Rompin:

 


Setelah frekuensi 8FM di Kuantan 100.4MHz diganti oleh Molek FM, saya belum tahu lagi sama ada 8FM akan mendapatkan frekuensi baru di Kuantan atau 8FM akan "meninggalkan" pasaran Kuantan, tetapi pendengar 8FM di Kuantan masih mempunyai cara alternatif untuk mendengar siaran tersebut:


1. Applikasi Audio+

2. 8FM YouTube LIVE Streaming

3. Laman strim web 8FM

4. Frekuensi FM 88.1MHz dari Gunung Ulu Kali (isyarat lemah)

 

Video teaser frekuensi Molek FM di Kuantan 100.4MHz:


No comments:

Post a Comment