Sunday, 11 September 2022

THR Gegar boleh diterima siaran di Kuala Rompin dan Sri Jaya, Pahang. Frekuensi FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung, tetapi isyarat kurang jelas.

 

Radio Pantai Timur oleh Astro Radio, THR Gegar mempunyai frekuensi di Kuantan pada frekuensi FM 88.8MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung.

 

Liputan THR Gegar FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung cuma terhad di Kuantan, Kemaman, Kemasik, Kerteh, Pekan dan Gambang, tetapi siaran THR Gegar masih boleh diterima di Kuala Rompin dan Sri Jaya.

 

Kuasa pemancar ialah 1kW.

 

1. Sri Jaya (57km) 

Sri Jaya terletak di antara Maran dan Gambang. Ia adalah kawasan terakhir yang boleh menerima siaran THR Gegar pada frekuensi FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung.

 

Penerimaan siaran THR Gegar FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung boleh dikatakan masih jelas di Sri Jaya, Pahang. 

 

Sri Jaya boleh dikatakan hanya kawasan yang boleh menerima siaran radio ini dengan jelas di Daerah Maran, Pahang. 


Gangguan frekuensi dengan Traxx FM 88.7MHz dari Gunung Telapak Buruk dan GoXUAN FM 88.9MHz dari Gunung Ulu Kali mula dikesan di Maran, Pahang.

 

2. Kuala Rompin (116km)

Penerimaan siaran THR Gegar FM 88.8MHz kurang jelas di Kuala Rompin. Gangguan frekuensi oleh Traxx FM 88.7MHz dari Gunung Telapak Buruk boleh dikesan, tetapi minima. Tiada isyarat dikesan di Tanjung Gemuk. 

 

Berbanding dengan kedua-dua kawasan yang diuji pada dua minggu lepas, penerimaan siaran THR Gegar FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung di Sri Jaya lebih jelas daripada Kuala Rompin.

No comments:

Post a Comment