Friday, 2 September 2022

Senarai stesen radio swasta Bahasa Melayu di Kuala Rompin, Pahang dan Endau, Johor.


Di Kuala Rompin, kawasan Pahang Tenggara ini cuma boleh menerima siaran radio yang paling jelas cuma radio RTM kerana RTM mempunyai pemancar tempatan di Kuala Rompin seperti Radio Klasik FM 93.7MHz, Ai FM 89.9MHz, Traxx FM 90.7MHz dan Pahang FM 91.9MHz, manakala Nasional FM 90.9MHz, Johor FM 92.1MHz dan Suara Johor Best FM 102.5MHz (swasta) dari Bukit Tinggi masih boleh diterima dengan jelas.


Bagi stesen radio swasta Bahasa Melayu, pemancar Bukit Pelindung tidak dapat diterima dengan jelas di Kuala Rompin, namun mempunyai gangguan oleh stesen radio lain dari pemancar jauh.

 

Gegar masih dapat diterima di Kuala Rompin pada FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung, tetapi kurang jelas.

 

Di sini terdapat senarai stesen radio swasta Bahasa Melayu yang boleh diterima di Kuala Rompin dan Endau.


==Kuala Rompin, Pahang==

1. Sinar FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk (158km)

 

2. Hot FM 99.5MHz dari Gunung Telapak Buruk (158km)

 

3. Era FM 103.6MHz dari Gunung Telapak Buruk (158km)

4. Ikim FM 102.7MHz dari Gunung Telapak Buruk (158km)

5. Gegar FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung (116km)

Suria FM boleh diterima pada 88.5MHz dari Gunung Ledang, tetapi tidak sejelas seperti Sinar FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk di Kuala Rompin, Pahang.


==Endau, Johor==

1. Sinar FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk (173km)

 

 

2. Hot FM 99.5MHz dari Gunung Telapak Buruk (173km)

3. Era FM 103.6MHz dari Gunung Telapak Buruk (173km)

4. Ikim FM 102.7MHz dari Gunung Telapak Buruk (173km)

 

Saya mengambil Sinar FM sebagai radio contoh untuk diuji di Kuala Rompin, Tanjung Gemuk dan Endau.

 

Antara enam frekuensi yang diuji di Kuala Rompin, terdapat keputusan ujian frekeunsi radio Sinar FM.

 

- FM 96.7MHz Gunung Ulu Kali (200km): Lemah, diganggu oleh RTM Nasional FM 96.6MHz dari Gunung Ledang.  

- FM 96.9MHz Gunung Telapak Buruk (158km): Jelas

- FM 96.0MHz Gunung Ledang (108km): Lemah

- FM 97.2MHz Bukit Pelindung (116km): Lemah dan bercampur-baur dengan radio Love 97.2FM dari Singapura

- FM 87.8MHz Gunung Pulai (133km): Tiada signal dikesan


Manakala di Endau dan Tanjung Gemuk, Sinar FM hanya boleh didengari pada frekuensi 96.9MHz yang dipancar dari Gunung Telapak Buruk (173km). FM 96.9MHz Gunung Telapak Buruk adalah frekuensi Sinar FM yang paling jelas di Kuala Rompin, Endau dan Tanjung Gemuk.


96.0MHz Gunung Ledang dan 87.8MHz Gunung Pulai tidak mempunyai sebarang isyarat Sinar FM dikesan di Tanjung Gemuk dan Endau.


No comments:

Post a Comment