Saturday 3 September 2022

Pahang FM masih boleh didengari di Terengganu Selatan pada frekuensi FM 104.1MHz dari Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang.

 

Selain daripada Selangor, Kuala Lumpur, Perak, dan sebahagian Kelantan/Melaka/Negeri Sembilan/Johor yang masih boleh menerima siaran Pahang FM pada FM 107.5MHz dan FM 100.3MHz, sebenarnya Pahang FM juga boleh diterima di Terengganu Selatan pada frekuensi FM 104.1MHz dari Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang.

 

Pahang FM 104.1MHz dari Bukit Pelindung boleh diterima di Terengganu dengan kawasan bawah berikut:

 

1. Jabor

2. Chukai

3. Kemasik

4. Kerteh

5. Kijal

 

Di sekitar Bandar Chukai, isyarat Pahang FM 104.1MHz dari Bukit Pelindung masih jelas lagi.

 

1. Chukai (45km)

 

2. Kemasik (59km)

 

Gangguan frekuensi dengan Melody FM 104.0MHz dari Bukit Besar mungkin dikesan apabila menerima siaran Pahang FM 104.1MHz di Daerah Dungun.

 

Oleh kerana Pahang FM boleh diikuti siaran di luar negeri Pahang seperti Kuala Lumpur, Perak Selatan, Terengganu Selatan, Selangor, sebahagian Negeri Sembilan/Melaka/Johor/Kelantan, Pahang FM sudah menjadi stesen radio negeri RTM nombor 1 yang mempunyai liputan terluas dari segi pemancaran radio.

No comments:

Post a Comment