Saturday, 3 September 2022

Sinar FM boleh didengari di Kuala Rompin, Tanjung Gemuk, Bandar Jerantut dan Endau pada frekuensi FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk.

 

Tahukah anda?

 

Sinar FM boleh diterima siaran dengan jelas di Kuala Rompin, Tanjung Gemuk, Bandar Jerantut dan Endau pada frekuensi FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan.

 

Untuk makluman, pemancar Sinar FM 96.9MHz di Gunung Telapak Buruk sebenarnya meliputi Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau, Port Dickson dan Jempol, Negeri Sembilan, tetapi ia boleh memancar ke Selangor Selatan dan sebahagian Melaka, Johor, serta Pahang.

 

Pada bulan 29hb Ogos 2022, saya menguji isyarat radio Sinar FM 96.9MHz di Kuala Rompin, Tanjung Gemuk dan Endau, manakala kawasan Jerantut pada 10hb Julai 2022 sempena Hari Raya Aidiladha.

 

Di Kuala Rompin, saya tidak pernah merancang untuk membuat aktiviti FM DXing (menerima siaran radio jauh) mengenai Sinar FM, tetapi saya memberi tumpuan kepada stesen radio Singapura.

 

Saya mencuba menerima siaran radio Tamil Singapura iaitu Oli FM 96.8MHz di Kuala Rompin, tetapi stesen radio ini tidak dapat dengan jelas, namun diganggu oleh Sinar FM 96.9MHz. Kemudian, saya menala frekuensi radio kereta saya, frekuensi radio berhenti pada FM 96.9MHz semasa saya mengimbas di Kuala Rompin. Oleh itu, saya mengenalpastikan bahawa FM 96.9MHz ialah Sinar FM dari Gunung Telapak Buruk (Seremban) di Kuala Rompin. Manakala FM 96.0MHz dari Gunung Ledang dan FM 96.7MHz dari Gunung Ulu Kali tidak jelas seperti FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk. 

 

Isyarat Sinar FM frekuensi Kuantan 97.2MHz dari Bukit Pelindung bercampur-baur dengan radio Singapura Love 97.2FM di Kuala Rompin. Di Tanjung Gemuk, FM 97.2MHz ialah siaran radio Mediacorp Love 97.2FM dari Singapura.

 

Selain daripada Kuala Rompin, Sinar FM 96.9MHz turut boleh didengari di Tanjung Gemuk dan Endau dengan isyarat yang jelas.

 

Justeru, Sinar FM juga boleh diterima di Bandar Jerantut, Pahang pada frekuensi FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk, tetapi isyarat lemah daripada Kuala Rompin, Tanjung Gemuk dan Endau.

 

Endau terletak di Daerah Mersing, Johor yang bersempadan dengan negeri Pahang. Sinar FM tidak dapat diterima di Endau pada frekuensi FM 96.0MHz dari Gunung Ledang dan FM 87.8MHz dari Gunung Pulai, tetapi FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk boleh diterima dengan jelas di kawasan tersebut.

 

Kepada sesiapa yang ingin mendengar siaran Sinar FM di Kuala Rompin, Endau, Tanjung Gemuk dan Bandar Jerantut, sila mencuba frekuensi FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk. Selamat mencuba!

 

Di sini terdapat rakaman video saya menerima siaran Sinar FM 96.9MHz di negeri Pahang dan Johor dengan lokasi bawah berikut, rakaman video dibuat pada Julai-Ogos 2022:

 

1. Kuala Rompin, Pahang (158km)

 

2. Tanjung Gemuk, Pahang (173km)

 

3. Endau, Johor (173km)

 

4. Jerantut, Pahang (126km)

 

==FM 97.2MHz di Kuala Rompin & Tanjung Gemuk, Pahang (Sinar FM Kuantan>>Mediacorp Love 97.2FM)==


No comments:

Post a Comment