Sunday, 11 September 2022

RTM Negeri FM 92.6MHz dari Gunung Telapak Buruk diterima di Kuantan, Gambang, Maran dan Kuala Rompin, Pahang.


Di negeri Pahang, RTM Negeri FM boleh diterima siaran dengan jelas di kawasan bawah berikut:


1. FM 92.6MHz Gunung Telapak Buruk di Kuala Krau, Temerloh, Chenor, Mentakab, Bandar Bera, Manchis, Teriang dan sebahagian Jerantut.


2. FM 107.7MHz Gunung Ledang di Kemayan, Keratong, Bera Selatan dan Muadzam Shah.

 

RTM Negeri FM masih boleh diterima di Maran dan kawasan Pahang Timur seperti Gambang, Kuantan dan Kuala Rompin pada frekuensi FM 92.6MHz dari Gunung Telapak Buruk, kualiti isyarat kurang jelas, manakala FM 107.7MHz Gunung Ledang tidak dapat diterima.


Kuasa pemancar Negeri FM 92.6MHz Gunung Telapak Buruk ialah 2kW.


1. Maran (109km)

Dirakam di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur dari Maran ke Kuantan. Kualiti isyarat sederhana diterima di kawasan sekitar Maran. FM 107.7MHz dari Gunung Ledang tidak dapat diterima di Maran, Pahang.


Pendengar Negeri FM boleh menala frekuensi kepada FM 92.6MHz (Gunung Telapak Buruk) di Maran. Isyarat semakin jelas di Chenor, Pahang.


2. Gambang (154km)

Lokasi: Petron Gambang


Isyarat lemah diterima di Gambang, Pahang. Gangguan frekuensi oleh Hot FM 92.4MHz dari Gunung Telapak Buruk dikesan semasa menerima siaran Negeri FM 92.6MHz di Gambang.

 

3. Kuala Rompin (158km)

Tiada sebarang isyarat dikesan di Kuala Rompin jika menerima siaran Negeri FM pada frekuensi 107.7MHz dari Gunung Ledang.


4. Kuantan (176km)
 

Gangguan frekuensi oleh Hot FM 92.4MHz dari Bukit Pelindung boleh dikesan di Kuantan, Pahang.

 

Rakaman diambil di Padang MPK 1 Kuantan yang berhampiri dengan Menara Teruntum 188. 

 

(DXtra) Negeri FM 92.6MHz Gunung Telapak Buruk diterima di Jerantut

 

Gangguan frekuensi dengan Pahang FM 92.7MHz dari Bukit Istana boleh dikesan di kawasan antara Bandar Jerantut dan Kuala Krau.



No comments:

Post a Comment