Sunday, 4 September 2022

Terengganu FM boleh didengari di Pahang Timur pada frekuensi FM 90.7MHz dari Bukit Kemuning, manakala Felda Cerul FM 90.0MHz telah ditutup pemancarannya.

 

Sejak RTM Terengganu FM melancarkan pemancar Bukit Kemuning di Kijal pada frekuensi FM 90.7MHz dengan kuasa pemancar sebanyak 0.5kW untuk meliputi Kemaman, siaran Terengganu FM sudah boleh diikuti di sebahagian Pahang Timur.

 

Kawasan Kuantan, Pekan, dan Cherating boleh menerima siaran Terengganu FM 90.7MHz, manakala pendengar di Gambang masih boleh mengikuti siaran Terengganu FM lagi, cuma isyarat lemah dan bercampur-baur dengan Ai FM 90.7MHz dari Bukit Istana, Jerantut.

 

Di Pahang, Cherating, Balok, Beserah, dan Gebeng ialah kawasan yang paling jelas untuk menerima siaran Terengganu FM 90.7MHz dari Bukit Kemuning, manakala isyarat Terengganu FM 90.7MHz lemah di Kuantan dan Pekan.

 

Terdapat beberapa rakaman video penerimaan isyarat Terengganu FM 90.7MHz di negeri Pahang dengan kawasan bawah berikut yang dirakam pada 28hb Ogos 2022 sehingga 31hb Ogos 2022:

 

1. Kuantan (59km)

 

2. Pekan (92km)

Rakaman diambil di Bandar Pekan. Gangguan frekuensi dengan Traxx FM 90.7MHz dari Kuala Rompin boleh dikesan di kawasan antara Bandar Pekan dan Nenasi.

 

3. Cherating (29km)

FM 90.7MHz dari Bukit Kemuning sangat jelas di Cherating, manakala FM 97.7MHz dari Bukit Bauk (70km) masih boleh diterima di kawasan tersebut, cuma kurang jelas.

 

4. Gambang (78km)  

Gangguan frekuensi dengan Ai FM 90.7MHz dari Bukit Istana yang hanya meliputi Bandar Jerantut dikesan apabila mendengar siaran Terengganu FM 90.7MHz semasa bergerak ke Plaza Tol Gambang.

 

Kawasan Jabor, Perasing dan Felda Neram di Daerah Kemaman boleh menerima siaran Terengganu FM pada frekuensi 90.7MHz dari Bukit Kemuning. Oleh itu, pemancar Felda Cerul pada frekuensi FM 90.0MHz telah ditamatkan siarannya.

No comments:

Post a Comment