Tuesday 6 June 2023

Penerimaan siaran Perak FM di Pengkalan Hulu dan Klian Intan, Perak (2023)

Di daerah Hulu Perak, RTM Perak FM mempunyai tiga buah pemancar, iaitu FM 96.2MHz Gerik (Mempelam Sari), FM 102.9MHz Lawin dan FM 94.2MHz Lenggong (Bukit Ladang Teh), ketiga-tiga pemancar tersebut boleh meliputi kebanyakkan kawasan Hulu Perak kecuali Pengkalan Hulu dan Klian Intan.


Pengkalan Hulu dan Klian Intan ialah kawasan negeri Perak yang tidak mempunyai liputan siaran RTM Perak FM.


Pada 4hb Jun 2023, saya berada di daerah Hulu Perak untuk bercuti dan membuat pemantauan isyarat radio. Di Pengkalan Hulu, saya mencuba untuk menerima siaran Perak FM pada frekuensi yang sedia ada seperti FM 96.2MHz Gerik, FM 102.9MHz Lawin, FM 94.2MHz Lenggong, FM 95.6MHz Gunung Kledang dan FM 104.1MHz Bukit Larut.


Di sini adalah keputusan penerimaan siaran Perak FM di Pengkalan Hulu.

- FM 96.2MHz Gerik: Tiada isyarat, tapi isyarat 988 FM 96.1MHz dari Gunung Jerai

- FM 94.2MHz Lenggong: Tiada isyarat, tapi isyarat Radio Thailand Yala FM 94.25MHz

- FM 95.6MHz Gunung Kledang: Tiada isyarat, tapi isyarat Mutiara FM 95.7MHz dari Bukit Penara

- FM 104.1MHz Bukit Larut: Tiada isyarat dikesan

- FM 102.9MHz Lawin: Tiada isyarat dikesan


Klian Intan mempunyai status penerimaan siaran Perak FM yang sama dengan Pengkalan Hulu, tetapi terdapat kawasan boleh menerima siaran RTM Perak FM pada frekuensi FM 102.9MHz yang dipancar dari Lawin. Saya menerima siaran Perak FM 102.9MHz di Klian Intan, rakaman video diambil di depan Balai Polis Klian Intan. 


FM 102.9MHz (Lawin) ialah frekuensi Perak FM yang hanya boleh didengari di Klian Intan, tetapi isyarat sangat lemah diterima di kawasan tersebut.


Untuk meliputi Pengkalan Hulu dan Klian Intan, RTM boleh memasang pemancar Perak FM di sebuah bukit yang mempunyai menara pemancar dimana ia terletak berhampiri dengan kilang Rahman Hyradulic Tin Sdn Bhd atau TM Bukit Palong.


Penerimaan siaran radio RTM dari Bukit Palong kurang jelas di Klian Intan. Bagi Perak FM, sebuah bukit dekat Kilang Rahman Hydraulic Sdn Bhd ialah tempat pemancar yang strategik untuk meliputi Klian Intan, Pengkalan Hulu dan Gerik Barat.

No comments:

Post a Comment