Tuesday, 6 June 2023

Perak FM boleh diterima di Gerik Timur, Perak pada frekuensi FM 104.1MHz (Bukit Larut) di sepanjang perjalanan dari Gerik ke Jeli.

 

Perak FM mempunyai pemancar di Gerik pada frekuensi FM 96.2MHz, namun frekuensi tersebut cuma meliputi Bandar Gerik. Tiada isyarat Perak FM 96.2MHz boleh didengari selepas 15km dari Bandar Gerik.

 

Tahukah anda? Semasa perjalanan dari Gerik ke Jeli pada Jalan Gerik-Jeli, walaupun Perak FM 96.2MHz tidak dapat diterima lagi selepas Hentian Sungai Lebey, tetapi pendengar boleh terus mendengar siaran Perak FM dengan menala frekuensi kepada 104.1MHz yang dipancar dari Bukit Larut, cuma penerimaan siaran Perak FM 104.1MHz di Jalan Gerik-Jeli tidak konsisten kerana terdapat kawasan terhalang oleh bukit.

 

Di Tasik Banding dan Air Banun, sehingga R&R Titiwangsa, pendengar boleh mengikuti siaran Perak FM pada frekuensi FM 104.1MHz dari Bukit Larut.

 

Dari Temenggor ke R&R Titiwangsa, selain daripada FM 104.1MHz, Perak FM boleh didengari pada FM 102.9MHz yang dipancar dari Lawin, tetapi penerimaan siaran Perak FM 102.9MHz lebih lemah daripada 104.1MHz.

 

Perak FM 102.9MHz dari Lawin mempunyai gangguan frekuensi dengan Kelantan FM 102.9MHz dari Kota Bharu di kawasan antara Air Banun dan R&R Titiwangsa. Kawasan ini boleh menerima pada 104.1MHz dari Bukit Larut.

 

Di R&R Titiwangsa, Perak FM 104.1MHz masih boleh didengari, tetapi kurang jelas akibat gangguan siaran dengan Attar Radio FM 104.0MHz yang dipancar dari Narathiwat, Thailand. 

 

Terdapat video penerimaan siaran Perak FM 104.1MHz dirakam semasa perjalanan dari Gerik ke Titiwangsa. Video penerimaan siaran Perak FM 104.1MHz di Jalan Gerik-Jeli meliputi Tasik Banding dan Titiwangsa.

 

==Penerimaan siaran Perak FM di Gerik Timur (Tasik Banding & Titiwangsa)==

* 104.1MHz Bukit Larut: OK

* 102.9MHz Lawin: Kurang jelas

No comments:

Post a Comment