Sunday, 18 June 2023

Nasional FM boleh didengari di Kuala Rompin, Pahang dengan frekuensi alternatif FM 90.9MHz yang dipancar dari Bukit Tinggi, Johor dan FM 96.6MHz yang dipancar dari Gunung Ledang, Johor

Di Kuala Rompin, terdapat 4 buah stesen radio RTM yang mempunyai pemancar tempatan di kawasan tersebut, iaitu Radio Klasik FM 93.7MHz, Ai FM 89.9MHz, Traxx FM 90.7MHz dan Pahang FM 91.9MHz, tetapi Nasional FM yang bertaraf radio utama Bahasa Melayu RTM tidak mempunyai pemancar di Kuala Rompin.


Tidak seperti Radio Klasik yang mempunyai pemancar Kuala Rompin (FM 93.7MHz), siaran Nasional FM sebenarnya boleh diikuti dengan beberapa frekuensi alternatif di Kuala Rompin, iaitu:


1. FM 90.9MHz Bukit Tinggi (60km)

 

2. FM 91.7MHz Gunung Telapak Buruk (157km)

 

3. FM 96.6MHz Gunung Ledang (108km)

 

4. FM 95.3MHz Gunung Ulu Kali (202km)

 

Antara 5 frekuensi berikut atas dengan rakaman video penerimaan isyarat Nasional FM, 90.9MHz dari Bukit Tinggi hanya frekuensi yang paling jelas diterima di Kuala Rompin. 

 

Walaupun Nasional FM 90.9MHz Bukit Tinggi mempunyai jarak 200kHz dari Traxx FM 90.7MHz pemancar Kuala Rompin dan mempunyai gangguan frekuensi bersebelahan dengan Traxx FM, tetapi Nasional FM 90.9MHz masih diterima dengan jelas di Kuala Rompin, Pahang.


Meskipun FM 91.7MHz Gunung Telapak Buruk boleh diterima di Kuala Rompin, tetapi penerimaan siaran Nasional FM 91.7MHz lebih lemah daripada FM 90.9MHz.

 

Frekuensi FM 90.9MHz dan FM 91.7MHz mempunyai jarak 200kHz dengan Traxx FM 90.7MHz dan Pahang FM 91.9MHz yang dipancar dari Kuala Rompin, tetapi Nasional FM 91.7MHz mempunyai gangguan frekuensi lebih daripada 90.9MHz di Kuala Rompin.


Walaupun FM 95.3MHz Gunung Ulu Kali tidak mempunyai gangguan frekuensi dengan pemancar Kuala Rompin, tetapi penerimaan frekuensi ini di Kuala Rompin adalah lemah.

 

Isyarat Nasional FM 96.6MHz dari Gunung Ledang boleh diterima secara sederhana di Kuala Rompin.


FM 107.1MHz dari Bukit Pelindung sukar diterima di Kuala Rompin dan mempunyai gangguan frekuensi dengan Suria FM 107.0MHz yang dipancar dari Gunung Telapak Buruk.


Secara keseluruhannya, frekuensi Nasional FM yang paling jelas diterima di Kuala Rompin ialah FM 90.9MHz dari Bukit Tinggi dan FM 96.6MHz dari Gunung Ledang.


Pada pandangan saya, RTM boleh menambah frekuensi Nasional FM di Kuala Rompin seperti Radio Klasik, Ai FM, Pahang FM dan Traxx FM bagi meliputi kawasan tersebut dengan lebih jelas.

No comments:

Post a Comment