Sunday 11 June 2023

Pahang FM boleh didengari secara alternatif pada FM 102.2MHz dari Bukit Fraser jika FM 107.5MHz tidak dapat diterima di sesetengah kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Pemancar RTM Pahang FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali boleh meliputi Kuala Lumpur dan Selangor dengan isyarat kurang jelas, walaupun ia cuma meliputi Pahang Barat. Selain daripada 107.5MHz, RTM Pahang FM 102.2MHz dari Bukit Fraser yang meliputi Raub pun boleh diterima di beberapa kawasan negeri Selangor.


Walaupun pendengar Pahang FM boleh mendengar siaran ini di Sungai Buloh, Selangor pada frekuensi 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali, tetapi sesetengah kawasan Sungai Buloh tidak dapat menerima isyarat Pahang FM 107.5MHz akibat terhalang oleh bukit.


Pendengar di kawasan Sungai Buloh yang tidak boleh menerima siaran Pahang FM pada frekuensi FM 107.5MHz seperti Kampung Matang Pagar, Taman Matang Jaya dan Taman Impian Indah boleh mendengar siaran Pahang FM secara alternatif pada frekuensi FM 102.2MHz yang dipancar dari Bukit Fraser.

 

Untuk makluman, Kampung Matang Pagar, Taman Matang Jaya dan Taman Impian Indah terletak berhampiran dengan Lebuhraya PLUS.


Saya memantau isyarat radio Pahang FM 107.5MHz dan FM 102.2MHz di Lebuhraya PLUS dari Kuang ke Sungai Buloh.


Di kawasan antara Kuang dan Sungai Buloh, isyarat Pahang FM 107.5MHz menjadi lemah, manakala FM 102.2MHz boleh didengari jelas sehingga kawasan Hospital Sungai Buloh. Selepas susur keluar Hospital Sungai Buloh, isyarat FM 107.5MHz menjadi jelas semasa perjalanan ke Kuala Lumpur.


FM 102.2MHz Bukit Fraser ialah frekuensi alternatif Pahang FM di Sungai Buloh, Selangor jika FM 107.5MHz Gunung Ulu Kali tidak dapat diterima di sesetengah kawasan.

No comments:

Post a Comment