Monday, 5 June 2023

RTM Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar boleh didengari di sebahagian kecil negeri Perak (Titiwangsa, Gerik Timur)

 

Kelantan FM ialah stesen radio negeri RTM untuk Kelantan, stesen radio ini boleh diterima di Terengganu Utara (Besut dan Jerteh), Narathiwat di Thailand dan sebahagian negeri Pahang. Pada tahun 2021 dan 2022, saya telah menerima siaran Kelantan FM di beberapa kawasan negeri Pahang pada frekuensi FM 97.3MHz dari Bukit Bakar.

 

Selain negeri Pahang, RTM Kelantan FM masih boleh didengari di sebahagian kecil negeri Perak, iaitu Titiwangsa di Gerik Timur pada frekuensi FM 97.3MHz yang dipancar dari Bukit Bakar.

 

Video penerimaan siaran Kelantan FM 97.3MHz dirakam oleh Senn Lens di R&R Titiwangsa, Gerik, Perak pada 16hb Disember 2019.

The YouTube user Senn Lens published a video of receiving Kelantan FM 97.3MHz at R&R Titiwangsa in East Gerik, Perak on 16th December 2019.

2 tahun kemudian, Senn Lens membuat imbasan isyarat FM radio di tempat yang sama.


 

Siaran Kelantan FM 97.3MHz Bukit Bakar masih diterima dengan jelas di Titiwangsa, Gerik Timur, Perak pada Lebuhraya Timur-Barat (Jeli-Gerik) tanpa gangguan frekuensi oleh Sinar FM 97.1MHz yang dipancar dari Gunung Jerai, manakala FM 102.9MHz dari RTM Kota Bharu masih boleh diterima di kawasan yang sama. 

 

Menurut kata Senn Lens, semasa perjalanan di Lebuhraya Timur-Barat dari Jeli ke Bandar Gerik, siaran Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar boleh didengari sehingga Air Banun, isyarat Kelantan FM 97.3MHz akan lenyap selapas melalui Air Banun apabila menuju ke Bandar Gerik.

 

==Penerimaan siaran Kelantan FM di Gerik, Perak==

* Frekuensi: FM 97.3MHz

* Kuasa: 2kW

* Tempat pemancar: Bukit Bakar, Kelantan

* Kawasan penerimaan: R&R Titiwangsa, 33300 Gerik, Perak

* Jarak: 83km

 

Selain daripada Gerik Timur, saya berasa bahawa Kelantan FM 97.3MHz tidak boleh diterima di Bandar Gerik, Pengkalan Hulu dan Klian Intan.


Di Pengkalan Hulu dan Gerik Barat (Bintang Hijau), FM 97.3MHz adalah isyarat kosong dan bunyi gangguan frekuensi bersebelahan daripada Sinar FM 97.1MHz dan Kedah FM 97.5MHz yang dipancar dari Gunung Jerai.


Kesimpulannya, Titiwangsa dan Tasik Banding adalah kawasan negeri Perak yang hanya boleh menerima siaran Kelantan FM pada frekuensi 97.3MHz dari Bukit Bakar.


No comments:

Post a Comment