Wednesday, 7 June 2023

Pengkalan Hulu adalah kawasan Hulu Perak yang boleh menerima siaran RTM Mutiara FM pada frekuensi FM 95.7MHz dari Bukit Penara.

Radio RTM Pulau Pinang, Mutiara FM boleh didengari di sebahagian Perak Utara, pendengar di kawasan seperti Parit Buntar, Taiping, Semanggol, Selama, Bagan Serai, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Terong dan Changkat Jering boleh mengikuti siaran Mutiara FM pada frekuensi FM 93.9MHz (Gunung Jerai) atau FM 95.7MHz (Bukit Penara), cuma penerimaan siaran Mutiara FM di kawasan-kawasan ini kurang jelas.


Selain daripada Daerah Kerian dan Larut Matang Selama, terdapat sebuah kawasan di Daerah Hulu Perak boleh menerima siaran Mutiara FM pada frekuensi 95.7MHz yang dipancar dari Bukit Penara, iaitu Pengkalan Hulu.


Pengkalan Hulu (Kroh) yang berjiran dengan adalah kawasan daerah Hulu Perak yang boleh menerima isyarat Mutiara FM 95.7MHz.


Di Pengkalan Hulu, penerimaan isyarat radio RTM Mutiara FM 95.7MHz dari Bukit Penara masih jelas lagi untuk didengari, manakala FM 93.9MHz dari Gunung Jerai yang hanya meliputi Batu Ferringhi, Tanjung Tokong, Teluk Bahang, dan Tanjung Bungah tidak dapat diterima di kawasan tersebut.


Isyarat Mutiara FM 95.7MHz di Pengkalan Hulu lebih jelas dan stabil dari apa saya terima di Bagan Serai, Taiping dan Semanggol kerana tiada gangguan frekuensi dengan Perak FM 95.6MHz dikesan di Pengkalan Hulu akibat isyarat radio Gunung Kledang tidak dapat diterima di Pengkalan Hulu.


* Frekuensi: FM 95.7MHz * Kuasa pemancar: 1kW * Tempat pemancar: Bukit Penara, Penang * Tempat pemancar: Pengkalan Hulu, Perak * Jarak: 89km

No comments:

Post a Comment