Tuesday, 6 June 2023

Tak dapat siaran Perak FM di Gerik Barat pada frekuensi FM 96.2MHz? Boleh cuba frekuensi FM 102.9MHz (Lawin).

Di sekitar Jalan Gerik-Baling, siaran Perak FM pada frekuensi FM 96.2MHz yang dipancar dari Bandar Gerik cuma boleh didengari sehingga Kenering. Isyarat Perak FM 96.2MHz mula diganggu oleh 988 FM 96.1MHz (Gunung Jerai) selepas Kenering semasa perjalanan dari Bandar Gerik ke Baling.

 

Bagi stesen radio RTM lain seperti Radio Klasik, kawasan antara Kenering dan Baling boleh menerima siaran pada frekuensi FM 88.7MHz yang dipancar dari Bukit Palong apabila frekuensi FM 97.8MHz dari Bandar Gerik tidak dapat diterima lagi.

 

Untuk radio Perak FM di kawasan dari Kenering ke Sungai Rui, jika anda tidak dapat mendengar siaran Perak FM lagi pada frekuensi FM 96.2MHz, anda boleh cuba menala frekuensi kepada FM 102.9MHz yang dipancar dari Lawin, tetapi penerimaan siaran Perak FM lemah di Sungai Rui (Gerik Barat) yang berhampiri dengan sempadan negeri Kedah.

 

Di sini terdapat rakaman video isyarat Perak FM 102.9MHz (pemancar Lawin) yang diterima di Hentian R&R Bintang Hijau Sungai Rui (Gerik Barat).

Untuk makluman, frekuensi lain seperti FM 104.1MHz (Bukit Larut), FM 94.2MHz (Lenggong) dan FM 95.6MHz (Gunung Kledang) tidak boleh diterima di Gerik Barat, Perak. 

 

Pada pandangan saya, RTM boleh menambah kuasa pemancar Perak FM 102.9MHz (Lawin) kepada 0.5kW untuk meliputi Gerik Barat dengan lebih baik. Oleh itu, pendengar Perak FM boleh mengikuti siaran ini apabila masuk sempadan Perak semasa perjalanan dari Pulau Pinang ke Gerik di Jalan Gerik-Baling.

 

Kepada pendengar Perak FM, sekiranya anda tidak dapat menerima siaran Perak FM pada 96.2MHz di Gerik Barat, anda boleh cuba mendengar pada frekuensi FM 102.9MHz.

No comments:

Post a Comment