Thursday 31 August 2023

RTM Pahang FM 104.1MHz dari Bukit Pelindung (Kuantan) masih boleh diterima di Daerah Dungun, Terengganu.

 

Pada 30hb Ogos 2022, saya membuat rakaman video penerimaan siaran Pahang FM 104.1MHz di Chukai, Terengganu yang terletak di Daerah Kemaman.


Siaran Pahang FM 104.1MHz boleh didengari di Daerah Kemaman seperti Jabor, Perasing, Chukai, Kijal, dan Kemasik, tetapi pendengar Pahang FM masih boleh mengikuti siaran tersebut di beberapa kawasan dalam Daerah Dungun.


Frekuensi Pahang FM 104.1MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung boleh diterima di kawasan Ketengah Jaya, Paka, Kuala Dungun dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah, tetapi penerimaan siaran Pahang FM kurang jelas dan diganggu oleh Melody FM 104.0MHz yang dipancar dari Bukit Besar di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Paka dan Kuala Dungun, manakala isyarat di Ketengah Jaya masih jelas.

 

Di Bukit Besi, Pahang FM 104.1MHz sukar diterima kerana gangguan frekuensi bersebelahan oleh Melody FM 104.0MHz dari Bukit Besar yang meliputi Kuala Terengganu.


Terdapat rakaman video penerimaan siaran Pahang FM 104.1MHz Bukit Pelindung yang diambil di beberapa kawasan Daerah Dungun, Terengganu pada 27hb dan 30hb Ogos 2023.


1. Paka (89km)


2. Kuala Dungun (103km)


3. Bandar Al-Muktafi Billah Shah (90km)


4. Ketengah Jaya (83km)
 

Antara kawasan atas berikut, Ketengah Jaya ialah kawasan yang paling jelas untuk menerima siaran Pahang FM 104.1MHz di Daerah Dungun, Terengganu.

 

Semasa perjalanan saya dari Paka ke Kuala Terengganu, Pahang FM 104.1MHz mula ditindih dengan teruk oleh Melody FM 104.0MHz dari Bukit Besar apabila saya masuk sempadan Daerah Marang.

 

Keseluruhannya, Daerah Dungun di Terengganu boleh menerima dua buah siaran radio negeri RTM iaitu Terengganu FM 97.7MHz (Bukit Bauk) dan Pahang FM 104.1MHz (Bukit Pelindung).

No comments:

Post a Comment