Tuesday, 29 August 2023

Kuala Besut ialah kawasan negeri Terengganu yang hanya boleh menerima siaran Radio Thailand Yala FM 95.0MHz dimana ia bersiaran dalam Bahasa Melayu Patani

Tahukah anda? Radio Thailand Yala FM 95.0MHz yang berbahasa Melayu Patani boleh didengari di negeri Terengganu.


Di negeri Terengganu, Kuala Besut ialah kawasan yang hanya boleh menerima siaran Radio Thailand Yala FM 95.0MHz. Penerimaan isyarat Radio Thailand Yala FM 95.0MHz di Kuala Besut, Terengganu adalah sederhana, manakala isyarat siaran radio tersebut menjadi lemah apabila saya mendengari siaran Radio Thailand Yala FM 95.0MHz di Kampung Raja. 


Terdapat rakaman video isyarat frekuensi Radio Thailand Yala FM 95.0MHz yang diterima di Kuala Besut, Terengganu, Malaysia dipaparkan di bawah berikut.


Untuk makluman, Radio Thailand Yala FM 95.0MHz tidak dapat didengari di Bandar Jerteh, Terengganu, Malaysia dimana Jerteh ialah ibu daerah Besut.


Tiada isyarat pada frekuensi FM 95.0MHz juga diterima di Setiu.


Tempat pemancar Radio Thailand Yala FM 95.0MHz ialah Khao Pok Yo yang terletak di sempadan antara Yala dan Narathiwat.


Jarak penerimaan siaran Radio Thailand Yala FM 95MHz di Kuala Besut, Terengganu, Malaysia ialah 141km.


Kini, Radio Thailand Yala FM 95.0MHz boleh didengari di Kelantan Utara, sebahagian kawasan Hulu Perak dan Kuala Besut, Terengganu.

No comments:

Post a Comment