Thursday, 31 August 2023

Best FM boleh didengari di MARAN, PAHANG pada frekuensi FM 104.1MHz dari Gunung Ulu Kali.

Stesen radio no.1 di negeri Johor, Best FM boleh didengari di Pahang Barat setelah Best FM memperluaskan siarannya ke Lembah Klang dengan memasang pemancar di Gunung Ulu Kali pada frekuensi FM 104.1MHz sejak tahun 1996.


Setelah Best FM melancarkan FM 104.1MHz untuk Lembah Klang, ini menyebabkan siarannya boleh diikuti di Perak Selatan dan Pahang Barat.


Di negeri Pahang, pendengar boleh mendengar siaran Best FM 104.1MHz di Bentong, Kuala Lipis, Raub (sebahagian), Temerloh, Bera, Jengka dan Jerantut (sebahagian), manakala FM 102.5MHz di Kuala Rompin dan Pulau Tioman, serta FM 94.8MHz di Muadzam Shah dan Keratong, tetapi Maran di Pahang Tengah pun boleh menerima siaran Best FM pada frekuensi yang sama, iaitu FM 104.1MHz.

 

**Jangan kelirukan Maran dengan Marang. Maran yang tanpa huruf "g" itu terletak di negeri Pahang, manakalan Marang yang ada huruf "g" itu terletak di negeri Terengganu.

 

Ya, Best FM masih boleh didengari dengan jelas di MARAN, PAHANG pada frekuensi FM 104.1MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali (Pahang Barat/Lembah Klang/Perak Selatan).

Rakaman video penerimaan siaran Best FM 104.1MHz diambil di sekitar Bandar Maran, Pahang pada 30hb Ogos 2023. 

 

==Penerimaan siaran BEST FM di Maran, Pahang==

- Frekuensi: FM 104.1MHz

- Kuasa pemancar: 2kW

- Tempat pemancar: Gunung Ulu Kali, Pahang

- Tempat rakaman video isyarat: BANDAR MARAN, Pahang

- Jarak: 111km


Jelas di Bandar Maran, tetapi gangguan frekuensi dengan RTM Pahang FM 104.1MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung dikesan di Sri Jaya dan kawasan yang berhampiran dengan Plaza Tol Maran.


Jom dengarkan Best FM di MARAN, PAHANG pada frekuensi FM 104.1MHz. Best FM, Terbaik Untuk Harimu.

No comments:

Post a Comment