Thursday 31 August 2023

RTM Negeri FM 92.6MHz dari Gunung Telapak Buruk diterima di Terengganu? Biar betul!

Setakat ini, RTM Negeri FM boleh diikuti siarannya di Negeri Sembilan, Melaka, Johor Utara, Selangor (kecuali Hulu Selangor, Sabak Bernam), Kuala Lumpur, Putrajaya dan sebahagian negeri Pahang pada frekuensi FM 92.6MHz, 95.7MHz dan 107.7MHz.


Di negeri Terengganu, saya boleh menerima isyarat RTM Negeri FM 92.6MHz yang dipancar dari Gunung Telapak Buruk semasa perjalanan ke Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur pada 27hb Ogos 2023.


Isyarat RTM Negeri FM 92.6MHz dari Gunung Telapak Buruk boleh diterima di kawasan sekitar Perasing yang terletak di Daerah Kemaman, Terengganu, tetapi gangguan frekuensi oleh Hot FM 92.4MHz dari Bukit Pelindung dikesan di Perasing. Negeri FM 92.6MHz tidak dapat diterima lagi sekiranya saya berada di Cheneh dan Jabor. Saya tidak dapat membayangkan isyarat Negeri FM 92.6MHz Gunung Telapak Buruk boleh diterima di negeri Terengganu.


==Penerimaan siaran RTM Negeri FM 92.6MHz di Terengganu==

- Frekuensi: FM 92.6MHz

- Kuasa pemancar: 2kW

- Tempat pemancar: Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan

- Tempat penerima: Perasing, Kemaman, Terengganu (LPT2)

- Jarak: 189km

No comments:

Post a Comment