Semasa perjalanan pulang dari Pontian ke Balakong (Selangor), aku ternampak kesesakan lalu lintas teruk di kawasan Pedas Linggi, oleh itu saya memasuki Plaza Tol Simpang Ampat dan melalui Kota serta Rembau.
Apabila saya melalui kawasan Kota di Daerah Rembau, Negeri Sembilan, RTM Johor FM 105.3MHz yang dipancar dari Gunung Ledang menjadi siaran Suria FM dari Gunung Ulu Kali, oleh itu saya cuba menala frekuensi kepada 101.9MHz yang dipancar dari Gunung Pulai.
Di Kota, Negeri Sembilan, saya boleh menerima siaran Johor FM 101.9MHz dari Gunung Pulai, tetapi gangguan frekuensi teruk dengan MY FM 101.8MHz dari Gunung Ulu Kali dikesan.
Pada masa yang sama, kawasan Kota pun mempunyai kesesakan lalu lintas ringan akibat lampu isyarat di kawasan berhampiri dengan Sekolah Kebangsaan Kota, oleh itu saya mengambil kesempatan untuk merakam video isyarat Johor FM 101.9MHz di Kota, Negeri Sembilan.
Dengan mengira jarak penerimaan siaran radio Johor FM 101.9MHz di Kota, Negeri Sembilan, jaraknya ialah 184km.
RTM Johor FM 101.9MHz yang dipancar dari Gunung Pulai ialah stesen radio yang paling jauh didengari di Kota, Negeri Sembilan.
Secara keseluruhannya, RTM Johor FM 101.9MHz dan 105.3MHz mempunyai gangguan frekuensi teruk di Kota dan Rembau, Negeri Sembilan. Isyarat Johor FM 105.3MHz dari Gunung Ledang adalah sederhana dan stabil di kawasan Tampin, Gemas dan Gemencheh tanpa gangguan frekuensi dengan Suria FM seperti apa saya mendengar di kawasan negeri Melaka.
* Frekuensi: FM 101.9MHz
* Kuasa pemancar: 5kW
* Tempat pemancar: Gunung Pulai, Johor
* Tempat penerima radio: Kota, Negeri Sembilan
* Jarak: 184km
No comments:
Post a Comment