RTM melancarkan pemancar jurang (gap filler transmitter) untuk Terengganu FM di Bukit Kemuning, Kijal, Terengganu bagi meliputi Daerah Kemaman, Terengganu dimana terdapat kawasan tidak dapat menerima siaran Terengganu FM pada 97.7MHz dari Bukit Bauk, Dungun.
Saya melihat setiap penambahan pemancar jurang RTM di kawasan terpencil akan mempunyai Nasional FM kerana Nasional FM ialah stesen radio perdana RTM, tetapi RTM tidak menambah pemancar di Bukit Kemuning untuk Nasional FM dan Radio Klasik.
Ini kerana:
1. Terengganu FM tidak mempunyai pemancar Bukit Pelindung. Tanpa "merentas" negeri ke Pahang untuk memasang pemancar Terengganu FM di Bukit Pelindung dan "bergaduh" dengan Pahang FM, RTM mengadakan rancangan yang lebih strategik untuk Terengganu FM dengan meletakkan pemancar di Bukit Kemuning. Penerimaan siaran radio dari Bukit Pelindung tidak berapa jelas di Chukai dan Kijal, oleh itu Terengganu FM lebih sesuai di Bukit Kemuning daripada Bukit Pelindung.
2. Nasional FM masih boleh meliputi kawasan Kemaman, Terengganu dengan pemancar Bukit Pelindung pada frekuensi FM 107.1MHz, manakala pemancar Bukit Bauk pada frekuensi FM 96.9MHz masih boleh meliputi Kemaman Utara yang berhampiri dengan Daerah Dungun seperti Kerteh dan Kemasik.
Oleh kerana Nasional FM boleh diterima pada frekuensi 107.1MHz dari Bukit Pelindung di Kemaman, Terengganu, RTM Nasional FM tidak mengadakan keperluan untuk menambah pemancar jurang di Bukit Kemuning seperti Terengganu FM.
Saya mengambil rakaman video penerimaan Nasional FM di Bandar Chukai, Daerah Kemaman, Terengganu dengan membuat perbandingan antara dua frekuensi, iaitu FM 107.1MHz (Bukit Pelindung) dan FM 96.9MHz (Bukit Bauk).
Berdasarkan pada bacaan kekuatan isyarat di penerima radio TECSUN PL-310ET saya, Nasional FM 107.1MHz dari Bukit Pelindung lebih jelas daripada 96.9MHz dari Bukit Bauk di Chukai, Terengganu.
Di Chukai, Terengganu, bacaan isyarat Nasional FM 107.1MHz lebih tinggi daripada 96.9MHz. Selain itu, 107.1MHz mempunyai isyarat STEREO, manakala 96.9MHz cuma mempunyai isyarat MONO akibat isyarat lemah.
Kesimpulannya, Nasional FM boleh didengari di Kemaman pada frekuensi FM 107.1MHz dari Bukit Pelindung. Sekiranya siaran Nasional FM tidak dapat didengari dengan jelas pada frekuensi FM 107.1MHz di beberapa kawasan di Daerah Kemaman, pendengar boleh cuba menala ke frekuensi FM 96.9MHz dari Bukit Bauk.
Selain daripada Terengganu FM 90.7MHz yang dipancar dari Bukit Kemuning dan Nasional FM 107.1MHz Bukit Pelindung, stesen radio RTM lain boleh juga diterima di Kemaman, Terengganu di bawah berikut:
- Radio Klasik FM 107.9MHz (Bukit Pelindung)
- Pahang FM 104.1MHz (Bukit Pelindung)
- Traxx FM 105.3MHz (Bukit Pelindung)
- Ai FM 106.1MHz (Bukit Pelindung)
- Minnal FM 103.3MHz (Bukit Pelindung)