Johor ialah sebuah negeri yang terletak di wilayah selatan Semenanjung Malaysia. Johor bersempadan dengan Singapura, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Terdapat sebuah berita melapor bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada Putrajaya (Kerajaan Pusat Malaysia) kerana Baginda berasa kecewa terhadap Putrajaya yang seakan-akan menganaktirikan negeri Johor.
"Jangan Sampai Rakyat Johor Desak Keluar Malaysia", Amaran Sultan Johor kepada Putrajaya.
Ia cuma sekadar amaran sahaja sebenarnya.
Topik isu Johor ini sangat sensitif untuk dibincangkan oleh ramai kerana ia agak menghasutkan. Jika sesetengah orang membangkitkan topik ini, mereka boleh diberkas oleh polis atas sebab kenyataan yang menghasutkan.
Ia akan memberi banyak kesan segala-galanya antara Malaysia, Singapura dan Johor jika Johor keluar dari Malaysia.
Namun, topik utama saya ialah kesan kepada penyiaran radio dan TV Malaysia sekiranya Johor keluar dari Malaysia dan menubuhkan sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Di Johor, terdapat tiga buah menara pemancar penyiaran TV dan radio, iaitu Gunung Ledang (untuk Johor Utara), Gunung Pulai (Johor Selatan) dan Bukit Tinggi (Johor Timur: Mersing).
Sekiranya Johor keluar dari Malaysia, ia akan memberi kesan kepada penyiaran TV dan radio Malaysia, terutamanya pemancaran dan liputan. Penyiaran Malaysia perlu menamatkan siaran TV dan radio di Johor atas sebab pemisahan Johor dari Malaysia.
==Radio (pemancaran)==
1. Untuk kawasan Melaka, stesen radio dipancar dari Gunung Ledang. Jika penyiaran radio Malaysia menutup pemancar FM Gunung Ledang, mereka perlu memindah pemancarnya ke Bukit Tampin bagi meliputi Melaka. Terutama kepada stesen radio Malaysia yang bertaraf swasta yang tidak berminat untuk melancarkan pemancar Bukit Tampin, stesen radio tersebut perlu memperluaskan liputan pemancar Gunung Telapak Burok dengan menambah kuasa pemancar atau mengubah speksifikasi antena bagi meliputi kawasan Melaka.
2. Bagi pendengar di Melaka, sekiranya pemancar Gunung Ledang bagi stesen radio Malaysia ditutup, mereka perlu menerima siaran radio Malaysia dengan menala kepada frekuensi Seremban yang dipancar dari Gunung Telapak Burok, tetapi penerimaan siaran kurang jelas.
3. Di Negeri Sembilan, terdapat kawasan yang bergantung kepada pemancaran radio dari Gunung Ledang, seperti kawasan Lui di Jempol (Lui Barat, Lui Timur, Lui Muda dan Felda Sungai Lui) yang berhampiri dengan Kemayan di negeri Pahang. Kawasan ini tidak dapat menerima isyarat dari Bukit Tampin, manakalan penerimaan isyarat radio FM dari Gunung Telapak Burok adalah lemah di kawasan Lui, Jempol akibat kawasan tersebut terhalang oleh sebuah banjaran bukit yang membahagikan sempadan daerah Jelebu dan Jempol. RTM perlu menambah pemancar jurang untuk meliputi kawasan tersebut, dimana adalah titik buta kepada pemancaran Gunung Telapak Burok, manakala saya tidak berasa penyiaran radio swasta Malaysia tidak akan melancar pemancar tambahan untuk meliputi kawasan Jempol atas sebab nilai komersil.
4. Di negeri Pahang, Keratong dan Muadzam Shah adalah kawasan yang berganting kepada pemancar Gunung Ledang, penamatan pemancar Gunung Ledang bagi stesen radio Malaysia tidak akan memberi kesan kerana Keratong dan Muadzam Shah masih boleh menerima siaran radio Malaysia dari Gunung Telapak Burok dan Gunung Ulu Kali, cuma penyiaran radio perlu memperluaskan pemancaran Gunung Telapak Burok untuk meliputi kawasan tersebut.
5. Di kawasan Negeri Sembilan seperti Gemas, Gemencheh, Rompin dan Felda Palong, penutupan pemancar Gunung Ledang oleh penyiaran radio Malaysia tidak akan membawa kesan kerana kawasan ini masih boleh menerima isyarat dari Gunung Telapak Burok (Seremban).
6. Stesen radio Malaysia mungkin tidak dapat diterima di Singapura, Karimun dan Batam di Indonesia kerana pemancar Gunung Pulai ditutup.
7. Penutupan pemancar Gunung Ledang oleh stesen radio Malaysia. Johor boleh membuat semula peruntukan frekuensi FM, manakala stesen radio Melaka yang memindah tempat pemancar ke Bukit Tampin perlu mengubah frekuensi.
8. Pada masa ini, RTM Melaka FM 102.3MHz dipancar dari Gunung Ledang di Johor. Sekiranya pemisahan Johor dari Malaysia berlaku, Melaka FM perlu memindah tempat pemancarnya ke Bukit Tampin untuk meliputi negeri Melaka, tetapi liputan siaran Melaka FM akan menjadi kecil.
9. RTM Negeri FM mempunyai pemancar di Gunung Ledang pada frekuensi FM 107.7MHz. Jika pemancaran Negeri FM 107.7MHz di Gunung Ledang ditutup, RTM perlu melancarkan pemancar jurang (gap filler) untuk meliputi kawasan titik buta FM 92.6MHz Gunung Telapak Burok di daerah Jempol, manakala liputan pemancaran Bukit Tampin FM 95.7MHz perlu diperluaskan bagi meliputi Tampin, Gemencheh, Johol dan Gemas dimana kawasan ini tidak dapat menerima isyarat FM 92.6MHz dengan jelas. (Gemencheh, Gemas dan Johol OK jer, cuma Tampin tidak dapat isyarat frekuensi FM 92.6MHz)
==Penyiaran radio di Johor==
* Jika pemisahan Johor dari Malaysia berlaku, RTM (Radio Televisyen Malaysia) di Johor mungkin diubah namanya kepada RTJ (Radio Televisyen Johor) sepertimana RTM Singapura ditukar namanya kepada RTS- Radio Television Singapore setelah Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.
* RTM Johor FM mungkin menjadi sebagai radio kebangsaan Johor. Selain itu, Best FM boleh keluar dari Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor) dengan menutup pemancarnya di Gunung Ulu Kali kerana Best FM ialah stesen radio swasta yang berasal dari Johor.
==Radio dan TV (bagi orang yang menerima siaran TV dan radio Malaysia di Johor)==
1. Sekiranya TV dan radio Malaysia menutup pemancar Gunung Ledang atas sebab Johor keluar dari Malaysia, penonton dan pendengar di Muar, Segamat, Batu Pahat dan Kluang perlu menerima isyarat dari Gunung Telapak Burok, tetapi isyarat akan menjadi lemah. Jika TV dan radio yang berasaskan di Melaka yang dipancar dari Bukit Tampin, liputan siaran akan terhad di Tangkak, Muar dan Segamat sahaja kerana pemancaran Bukit Tampin tidak boleh memancar ke Batu Pahat dan Kluang.
2. Untuk penonton Johor yang menerima siaran MYTV, liputan DTT oleh MYTV cuma terhad di Tangkak dan Muar (Bukit Tampin), serta Segamat (Gunung Telapak Burok).
==Radio dan TV (bagi orang yang menerima siaran TV dan radio Johor di Malaysia)==
1. Orang yang bertempat di Melaka, Negeri Sembilan Tenggara, Pahang Selatan dan sedikit bahagian Selangor boleh menerima siaran TV dan radio Johor dari Gunung Ledang, menjadikan menerima siaran negera jiran, kecuali kerajaan pusat (Putrajaya) memilih untuk menyekat isyarat dengan menggunakan frekuensi sama dengan Johor di Gunung Ulu Kali, Gunung Telapak Burok dan Bukit Tampin, juga Bukit Pelindung dan Bukit Sembilan.
==Televisyen (Pemancaran)==
1. Malaysia telah melaksanakan peralihan siaran televisyen terrestrial daripada analog (PAL) kepada digital (DVB-T2) dengan DTH (satelit) pada tahun 2019, MYTV ialah penyedia perkhidmatan infrastruktur TV digital. Jika Johor keluar dari Malaysia, pemancar MYTV di Johor (Gunung Ledang, Gunung Pulai, Taman Sentosa dan Skudai) ditutup. Oleh itu, penonton Johor tidak akan menerima siaran MYTV.
2. Kesan kepada penyiaran DTT di Melaka adalah kosong kerana MYTV mempunyai pemancar Bukit Tampin untuk meliputi Melaka. Di samping itu, tiada kesan kepada penyiaran DTT di Pahang Selatan kerana MYTV sudah mempunyai pemancar Bukit Sembilan di Muadzam Shah. Oleh kerana itu, Keratong boleh menerima isyarat dari Bukit Sembilan.
3. Jika MYTV di Gunung Ledang ditutup, ia akan memberi kesan kepada penonton di Negeri Sembilan Timur seperti Felda Palong dan Bandar Seri Jempol kerana kedua-dua kawasan ini bergantung kepada pemancar Gunung Ledang, tetapi MYTV perlu menamabah pemancar DTT di Gunung Telapak Burok.
4. Penonton di Singapura dan Batam tidak akan menerima lagi siaran MYTV kerana MYTV di Gunung Pulai ditutup. Namun, mereka boleh menerima siaran TV Johor dari Gunung Pulai.
==Perancangan frekuensi dan koordinasi untuk radio FM==
* Jika Johor menjadi sebuah negara yang berpisah dari Malaysia, ia lagi sukar untuk membuat perancangan frekuensi untuk FM radio bagi Malaysia (Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka) kerana pemancar Gunung Telapak Burok, Bukit Sembilan, Kuala Rompin, Pulau Tioman, Gunung Ulu Kali dan Bukit Tampin terlibat dalam koordinasi antarabangsa antara Malaysia dan Johor kerana tempat pemancar ini boleh terlebih menumpah isyarat ke Johor, menyebabkan gangguan isyarat. Atau Gunung Ledang dan Bukit Tinggi boleh menumpah isyarat ke Melaka, Pahang, Negeri Sembilan dan sebahagian Selangor. Oleh itu, jarak frekuensi minimum diperlukan.
a. Gunung Ulu Kali vs. Gunung Ledang: 100kHz
b. Gunung Telapak Burok vs. Gunung Ledang: 200kHz
c. Bukit Tampin vs. Gunung Ledang: 400kHz
d. Bukit Sembilan vs. Gunung Ledang: 300kHz
e. Gunung Telapak Burok vs. Gunung Pulai: 100kHz
f. Bukit Tampin vs. Gunung Pulai: 200kHz
g. Kuala Rompin vs. Bukit Tinggi (Mersing): 300kHz
h. Pulau Tioman vs. Bukit Tinggi (Mersing): 300kHz
Manakala koordinasi frekuensi antara Malaysia (Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang) pada perkhidmatan DTT (Digital Terrestrial Television) di DVB-T2 tidak leceh seperti radio FM.
Pada pandangan saya, kerajaan pusat (Putrajaya) harus mendengar maklumbalas dan kritikan dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Kerana Johor ialah sebahagian dari Malaysia, kerajaan pusat tidak boleh mendiskriminasikan pembangunan negeri Johor, dan Putrajaya harus membangunkan Johor dengan baik. Justeru, Putrajaya harus belajar dari kesilapan mereka.