Kool FM telah dilancarkan pada 1 Mac 2016 oleh Media Prima. Setakat ini, Kool FM hanya bersiaran pada 101.3MHz dari Bukit Sungai Besi untuk Lembah Klang, dan 90.2MHz dari Bukit Penara untuk Pulau Pinang dan Kedah Selatan.
Raya sudah sampai... Nak balik kampung ni...
Kool FM tak memperluaskan liputan siaran mereka ke? Orang nak balik kampung untuk menyambut Hari Raya ni.. Tetapi tak dapat siaran Kool FM, saya tak nak melepaskan rancangan Kool FM... Bagaimana ya?
Jawapan: Muat turun applikasi Kool FM telefon pintar dan dengar di talian...
Eihh... Habis lah data internet aku... Kalau saya balik kampung memandu sampai dengar Kool FM melalui applikasi mobile, bluetooth dan pakai wayar AUX... Batteri telefon bimbit saya cepat mati... Kena ada charger untuk back up...
Dengar kat radio lagi senang...
Sebenarnya Kool FM sekurang-kurangnya perlu menambah 3 pemancar lagi dan mengubah parameter pemancar untuk Lembah Klang sebelum Raya 2016. Iaitu:
- Gunung Ledang (Melaka, Johor Utara): cadangan 100.9MHz
- Bukit Larut (Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh): cadangan 105.7MHz
- Bukit Pelindung (Kuantan): cadangan 103.7MHz
Cakap pasal frekuensi Lembah Klang dahulu!
Frekuensi Kool FM di Lembah Klang ialah 101.3MHz, tetapi tempat pemancarannya kurang strategik kerana Bukit Sungai Besi memang tak boleh memancar ke seluruh Selangor, Perak Selatan dan Pahang Barat.
Tempat pemancar Kool FM 101.3MHz sepatutnya dipancar dari Gunung Ulu Kali, Selangor. Oleh itu, Kool FM 101.3MHz boleh didengari di banyak kawasan lagi. Nak balik kampung ke Pantai Timur, Perak, Negeri Sembilan, boleh dengar Kool FM sampai Maran, Tapah, Manjung, dan Rembau.
Gunung Ulu Kali ialah tempat pemancar radio dan TV yang paling strategik dan nilai komersilnya tinggi kerana ia boleh meliputi seluruh Kuala Lumpur, Selangor, Perak Selatan, Pahang Barat dan beberapa kawasan Negeri Sembilan, Melaka serta Johor Utara.
Ok, jom cakap pasal wilayah selatan pula..
Kool FM perlu melancarkan frekuensi di Gunung Ledang untuk Melaka dan Johor Utara sebelum Raya 2016... Untuk orang yang balik kampung ke wilayah selatan, sekurang-kurangnya boleh dengar pada radio.... Gunung Ledang boleh meliputi Melaka, Johor Utara dan Negeri Sembilan Tengah. 100.9MHz mungkin sesuai...
Dengan pemancar Gunung Ledang, sekurang-kurangnya Kool FM boleh didengari di Johor Bahru, tetapi penerimaannya lemah.
Untuk Perak pula...
Perak memang tak dapat Kool FM... 101.3MHz memang tak de signal... Jika 101.3MHz dipancar dari Gunung Ulu Kali... Tanjung Malim, Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sitiawan, Sungkai, Slim River, dan Langkap boleh dapat lah..
90.2MHz dari Bukit Penara boleh diterima di Bagan Serai, Kamunting, Parit Buntar dan sebahagian kawasan Taiping. Bagaimana Ipoh pula?
Ipoh memang tak dapat Kool FM...
Kool FM sepatutunya perlu mengadakan frekuensi di Bukit Larut untuk Taiping, Kuala Kangsar dan beberapa bahagian Kinta/Ipoh.
Sekurang-kurangnya Ipoh boleh dapat Kool FM dari Bukit Larut, tetapi penerimaan kurang jelas.
Terdapat sebab juga saya tidak sebut pasal cadang di Gunung Kledang... Iaitu Gunung Kledang tidak ada frekuensi kosong lagi.. Sebelum ini, saya mencadangkan FM 94.9MHz Gunung Kledang, tetapi analisa telah gagal akibat gangguan teruk kepada liputan Gunung Jerai 94.9MHz.
Bukit Larut hanya 1 frekuensi saje.. Iaitu FM 105.7MHz...
Frekuensi lain seperti 88.8Mhz, 92.4Mhz memang tidak boleh pakai kerana gangguan teruk.
Jika Kool FM melancarkan frekuensinya di Bukit Larut 105.7MHz, sementara waktu boleh meliputi Ipoh juga, tetapi kawasan lain Perak Tengah akan mengalami gangguan dengan Lite FM 105.7MHz Gunung Ulu Kali...
Untuk wilayah Pantai Timur pula? Kool FM sekurang-kurang perlu melancarkan pemancarnya di Bukit Pelindung untuk Pahang Timur/Kuantan. 103.7MHz mungkin sesuai kot...?
Nantikan lah...
Di sini, admin blogger Philip DXing Log Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Maaf Zahir dan Batin.