Sudah setahun Molek FM mendarat di Kuantan pada frekuensi 100.4MHz dimana ia mengambil alih slot daripada Eight FM sejak Oktober 2022.
Jika kamu perasan, Molek FM lebih lemah daripada Gegar dan Manis FM pada sudut penerimaan isyaratnya. Frekuensi FM 100.4MHz sebenar tidak luas seperti pesaingnya iaitu Gegar FM 88.8MHz dan Manis FM 95.1MHz kerana kuasa pemancarnya hanya 0.25kW, berbanding dengan 1kW dari Gegar 88.8 dan 2kW dari Manis FM 95.1MHz.
Di kawasan luar Kuantan, Molek FM 100.4MHz dari Bukit Pelindung mempunyai gangguan frekuensi dengan RTM Ai FM 100.4MHz dari Gunung Ledang di kawasan Gambang, Chini, Sri Jaya dan Cherating. Untuk makluman, Ai FM 100.4MHz dari Gunung Ledang meliputi Melaka, Johor Utara dan Muadzam Shah.
Semasa perjalanan saya dari Kuantan ke Kuala Lumpur, saya pun mengesan gangguan frekuensi FM 100.4MHz antara Molek FM dan Ai FM, bermula dari Gambang sehingga Maran. Apabila saya bertiba di Maran, FM 100.4MHz menjadi siaran Ai FM sepenuhnya.
Penggunaan frekuensi FM 100.4MHz oleh Ai FM di Gunung Ledang lebih awal daripada Molek FM 100.4MHz di Bukit Pelindung.
Cadangan untuk menambah kuasa pemancar Molek FM 100.4MHz dari 250W kepada 1kW tidak sesuai kerana ia boleh membawa gangguan kepada liputan Ai FM 100.4MHz Gunung Ledang di Muadzam Shah dan Keratong. Kemungkinan gangguan kepada Ai FM 100.4MHz boleh berlaku di Segamat, Johor.
Jika Molek FM ingin memperluaskan liputan frekuensi Kuantan dengan menambah kuasa pemancar kepada 1kW atau 2kW, frekuensi perlu ditukar.
Sehingga hari ini, Eight FM tidak mendapat frekuensi baru di Kuantan kerana SKMM tidak memberi frekuensi lagi kepada stesen radio baru. Pada pandangan saya, Media Prima boleh membuat permohonan penukaran frekuensi Molek FM di Bukit Pelindung kepada MCMC/SKMM. Jika permohonan tersebut diluluskan oleh MCMC, Media Prima Audio hanya bolehlah membuat permohonan lesen frekuensi semula untuk Eight FM di Kuantan pada frekuensi asalnya, iaitu 100.4MHz.
Selain itu, sekiranya Media Prima Audio membuat permohonan frekuensi baru untuk Eight FM di Kuantan terlebih dahulu, Media Prima Audio masih perlu pertukaran frekuensi Kuantan antara Eight FM dan Molek FM, ia perlu melalui proses pemindahan lesen frekuensi. Langkah ini kurang sesuai sebenarnya.
Oleh itu, saya mencadangkan Media Prima Audio untuk memohon penukaran frekuensi Molek FM di Kuantan kepada MCMC terlebih dahulu untuk memudahkan proses dan mengelakkan konflik lesen frekuensi yang leceh.
Mengenai frekuensi, FM 102.2MHz ialah frekuensi cadangan saya untuk Molek FM di Kuantan untuk menggantikan 100.4MHz, kuasa pemancar dicadangkan 1kW. Oleh itu, Molek FM boleh didengari lebih jelas dan stabil di Gambang, Cherating, Kemaman, Kijal, Pekan, Sri Jaya, Chini, Maran dan Chenor, berbanding dengan 100.4MHz yang sekarang. Penukaran frekuensi Molek FM di Kuantan boleh memberi lebih persaingan dengan Gegar dan Manis FM di negeri Pahang.
==Cadangan penukaran frekuensi Molek FM di Kuantan==
* Frekuensi: FM 102.2MHz
* Kuasa: 1kW
* Tempat pemancar: Bukit Pelindung, Pahang
==RF analysis==
102.2MHz: Molek FM Bukit Pelindung 1kW
102.3MHz: Melaka FM Gunung Ledang
<100kHz, OK>
102.2MHz: Molek FM Bukit Pelindung 1kW
102.2MHz: Pahang FM Bukit Fraser
<0kHz, OK>
102.2MHz: Molek FM Bukit Pelindung 1kW
102.5MHz: Asyik FM Gunung Ulu Kali
<300kHz, OK>
102.2MHz: Molek FM Bukit Pelindung 1kW
102.5MHz: Best FM Bukit Tinggi
<300kHz, OK>
Sekiranya MCMC meluluskan penukaran frekuensi Molek FM di Kuantan, frekuensi sekarang 100.4MHz boleh "dipulangkan" kepada Eight FM.
Saya berharap cadangan saya ini memberi manfaat kepada Media Prima Audio dan MCMC.