Perak FM 104.1MHz yang dipancar dari Bukit Larut sebenarnya boleh didengari di Pulau Pinang dan sebahagian besar negeri Kedah (Kulim, Bandar Baharu, Sungai Petani, Kota Kuala Muda).
Hari ini saya bersinggah ke negeri Perlis untuk menjalankan aktiviti radio DXing, saya melawat negeri Perlis pada kali pertama.
Di negeri Perlis, saya mencuba untuk menerima siaran Perak FM 104.1MHz dari Bukit Larut dengan tiga kawasan iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.
Siaran Perak FM 104.1MHz tidak dapat diterima di Kangar dan Padang Besar sebenarnya, tetapi saya boleh menerima isyarat Perak FM 104.1MHz yang lemah di Arau.
Rakaman video isyarat Perak FM 104.1MHz dirakam di luar Masjid Negeri Arau Perlis selepas saya bersarapan di sebuah warung dengan Roti Canai dan Teh Tarik.
Di Arau, Perlis, kawasan ini menerima siaran radio dari Thailand (Satun, Yala dan Songkhla), Kedah (Gunung Jerai), Langkawi (Gunung Raya) dan Perlis (Padang Pauh).
Perak FM 104.1MHz menjadi stesen radio yang paling jauh diterima di Arau, Perlis dengan jarak sejauh 184km. Selain itu, Arau ialah kawasan yang saya hanya menerima siaran radio Perak FM 104.1MHz di negeri Perlis.
Tiada gangguan frekuensi oleh Smart Radio FM 104.0MHz yang dipancar dari Hat Yai, Thailand semasa saya menerima siaran Perak FM 104.1MHz di Perlis hari ini.
* Frekuensi: FM 104.1MHz
* Kuasa pemancar: 0.25kW
* Tempat pemancar: Bukit Larut, Perak
* Kawasan penerima: Arau, Perlis
* Jarak: 184km