Beberapa bulan lepas, saya menulis sebuah artikel mengenai liputan siaran Kelantan FM untuk kawasan Lojing di jajahan Gua Musang kerana saya kurang pasti sama ada kawasan tersebut boleh menerima siaran Kelantan FM atau tidak melalui frekuensi yang sedia ada, namun saya berfikir bahawa jika Kelantan FM melancarkan pemancar di Gunung Brinchang untuk meliputi Lojing.
Oleh kerana aktiviti rentas negeri dibenarkan, saya merancang mengujunungi Gua Musang dan Lojing pada bulan depan dan membuat penerimaan isyarat radio di situ.
Jadual saya untuk melawat Gua Musang dan Lojing adalah pertengahan bulan November 2021. Sebelum saya melawat kawasan tersebut, saya tiba-tiba berasa teruja dan gembira kerana terdapat seorang pengguna YouTube memuat naik rakaman video siaran Kelantan FM di Lojing, dimana ia telah menarik perhatian saya.
Jom menonton dua buah rakaman video penerimaan siaran Kelantan FM di Lojing yang dimuat naik oleh DX Radio Malaysia.
Berdasarkan pada video berikut di atas, FM 97.3MHz dari Bukit Bakar, Machang adalah frekuensi yang paling jelas untuk Kelantan FM di Lojing. Bagi video pertama, Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar sangat jelas dengan isyarat STEREO, diterima di Lojing. Manakala bagi video kedua, terdapat video mengenai perbandingan kualiti isyarat RTM Kelantan FM di Lojing antara FM 88.1MHz dari Felda Paloh, FM 97.3MHz dari Bukit Bakar dan FM 102.9MHz dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.
Antara tiga frekuensi yang diterima di Lojing, FM 97.3MHz Bukit Bakar adalah paling jelas, dan diikuti oleh FM 102.9MHz Wakaf Che Yeh dan FM 88.1MHz Felda Paloh.
FM 102.9MHz dan FM 88.1MHz diterima secara MONO sahaja, namun 88.1MHz mempunyai sedikit isyarat statik.
Kemungkinan FM 92.0MHz dari Bukit Chupak tidak diterima di Lojing, frekuensi tersebut mungkin menjadi siaran Radio Thailand Yala.
Dengan menonton dua buah rakaman video tersebut, penambahan pemancar jurang (gap filler) di Gunung Brinchang atau menara pemancar di Lojing untuk Kelantan FM bagi meliputi Lojing tidak diperlukan kerana FM 97.3MHz dari Bukit Bakar boleh diterima dengan jelas di kawasan tersebut. Tambahan pula, seperti saya nyatakan sebelum ini, isyarat Gunung Brinchang lemah dan tidak jelas di Lojing. Oleh sebab itu, Gunung Brinchang bukan tempat pemancar yang strategik untuk kawasan tersebut.
Anda boleh merujuk sebuah video bawah berikut, dimana Traxx FM diterima di Lojing dengan empat frekuensi (90.1MHz Gunung Kledang, 98.5MHz Bukit Bakar, 101.1MHz Gunung Brinchang dan 104.7MHz Wakaf Che Yeh).
Bukan sahaja di Lojing, Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar mungkin boleh diterima di sebahagian kawasan Tanah Tinggi Cameron, Pahang.
* FM 97.3MHz Bukit Bakar 2kW (150km): Jelas (STEREO)
* FM 88.1MHz Felda Paloh 0.5kW (94km): OK, dengan statik (MONO)