Thursday, 26 September 2024

Frekuensi RTM Asyik FM di Kuala Rompin dan Pulau Tioman, Pahang


 

Kepada Orang Asli atau pendengar Asyik FM yang berada di Kuala Rompin, Pahang, 

 

Tahukah anda? Siaran RTM Asyik FM masih boleh didengari di sebahagian kawasan Kuala Rompin pada frekuensi FM 95.6MHz yang dipancar dari Gunung Ledang.

 

Walaupun pemancar RTM Asyik FM 95.6MHz di Gunung Ledang khususnya meliputi Johor Utara, terutamanya Daerah Segamat, tetapi siaran ini boleh didengari di sebahagian Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

 

Di Pahang, kawasan yang paling jelas untuk mendengar siaran Asyik FM pada frekuensi FM 95.6MHz ialah Felda Selancar, manakala Asyik FM 95.6MHz mempunyai gangguan frekuensi dengan Pahang FM 95.5MHz (Bukit Sulai) di Muadzam Shah.

 

Asyik FM 95.6MHz dari Gunung Ledang masih boleh diterima di beberapa kawasan Kuala Rompin, tetapi ia mempunyai sikit gangguan frekuensi dengan Pahang FM 95.5MHz yang dipancar dari Bukit Sulai, seperti apa berlaku di Muadzam Shah dan Pulau Tioman.

 

Manakala frekuensi Asyik FM 102.5MHz dari Gunung Ulu Kali untuk Pahang Barat ialah siaran Best FM 102.5MHz dari Bukit Tinggi apabila mendengar di Kuala Rompin.

 

Di sini terdapat rakaman video saya yang menerima siaran RTM Asyik FM 95.6MHz di Bandar Kuala Rompin, Pahang pada 18hb Jun 2023.

Di samping itu, terdapat juga rakaman video saya menerima siaran Asyik FM 95.6MHz di Pulau Tioman yang dirakam pada 29hb April 2024. Video dirakam di Kampung Tekek.


 

Selain dari Kuala Rompin, pendengar di kawasan Orang Asli Muadzam Shah dan Nenasi pun boleh cuba mendengar siaran Asyik FM 95.6MHz yang dipancar dari Gunung Ledang.

 

Sekiranya kawasan anda di Kuala Rompin masih tidak dapat menerima siaran Asyik FM 95.6MHz atau mempunyai gangguan frekuensi teruk oleh Pahang FM 95.5MHz dari Bukit Sulai, saya mencadangan anda untuk mendengar siaran Asyik FM di platform dengan bawah berikutnya:

 

1. RTM Klik (radio di talian)

2. MYTV Saluran 706 (UHF 506MHz/CH23)

3. Astro Saluran 875

No comments:

Post a Comment