Tuesday 9 July 2024

RTM Melaka FM 102.3MHz dari Gunung Ledang boleh didengari di sebahagian kawasan daerah Bera, Pahang, walaupun frekuensi 102.3MHz bertindih dengan Pahang FM 102.2Mz dari Bukit Fraser yang meliputi Raub sahaja.


Selain daripada Muadzam Shah dan sebahagian Keratong di Daerah Rompin, Pahang, RTM Melaka FM masih boleh diterima di sebahagian kawasan Daerah Bera, Pahang pada frekuensi FM 102.3MHz yang dipancar dari Gunung Ledang.


Sama seperti Muadzam Shah, isyarat Melaka FM 102.3MHz kurang jelas di Daerah Bera kerana pemancar Melaka FM 102.3MHz di Gunung Ledang hanya meliputi negeri Melaka dengan memancar isyarat ke arah barat dari Gunung Ledang. Selain itu, Melaka FM 102.3MHz pun kurang jelas di kawasan Daerah Jempol, Negeri Sembilan.


Di Daerah Bera, Melaka FM 102.3MHz boleh didengari di Felda Tembangau, Felda Teriang, Mengkarak, Kemayan dan sebahagian Teriang, manakala isyarat lagi lemah jika menerima siaran ini di Bandar Bera.


Oleh kerana Pahang FM menggunakan frekuensi FM 102.2MHz di tempat pemancar Bukit Fraser yang meliputi Raub dimana Raub ialah kawasan titik buta pemancar FM 107.5MHz Gunung Ulu Kali, siaran radio Melaka FM 102.3MHz diganggu oleh Pahang FM 102.2MHz di Teriang dan Bandar Bera, manakala isyarat Melaka FM 102.3MHz lebih jelas di Mengkarak, Kemayan, Felda Teriang, dan Felda Tembangau. Secara songsang, Pahang FM 102.2MHz diganggu oleh Melaka FM 102.3MHz di Felda Tembangau, Mengkarak dan Felda Teriang.


Di sini terdapat video penerimaan isyarat Melaka FM 102.3MHz yang saya rakam di kawasan Daerah Bera, Pahang (termasuk video arkib yang dirakam pada tahun 2019).


1. Felda Tembangau 8 (69km)


2. Kemayan (89km)


3. Teriang (100km)


4. Bandar Bera (101km)


No comments:

Post a Comment