Di Pulau Tioman, penduduk dan pelancong boleh mengikuti siaran Pahang FM (96.8MHz) dan Johor FM (92.1MHz).
Pada 28hb April 2024, saya berada di Pulau Tioman untuk bercuti dan mengadakan aktiviti pemantauan isyarat radio dari pemancar jauh. (DXing). Semasa saya berada di Pulau Tioman, saya tertangkap isyarat RTM Terengganu FM pada frekuensi FM 90.7MHz dari Bukit Kemuning (Kemaman) dan FM 97.7MHz dari Bukit Bauk (Dungun).
Untuk makluman, isyarat Terengganu FM 90.7MHz dan 97.7MHz adalah pemancaran troposfera kerana saya tidak dapat menerima siaran ini pada 29hb April 2024. Di samping itu, siaran Terengganu FM 90.7MHz dan 97.7MHz bukan sentiasa boleh diterima di Pulau Tioman.
Semasa saya menerima siaran Terengganu FM di Pulau Tioman, frekuensi FM 90.7MHz lebih jelas daripada 97.7MHz. Video dirakam di Kampung Tekek pada 28hb April 2024.
==Penerimaan siaran Terengganu FM di Pulau Tioman, Pahang==
1. FM 90.7MHz Bukit Kemuning (0.5kW): 183km [JELAS]
2. FM 97.7MHz Bukit Bauk (1kW): 226km [LEMAH]
Secara keseluruhan, Pulau Tioman ialah kawasan ke-6 di Pahang dimana saya menerima siaran Terengganu FM dengan melalui platform frekuensi.
==Senarai kawasan negeri Pahang yang saya mendengar siaran Terengganu FM==
1. Bukit Fraser - 88.7MHz dari Bukit Besar (5hb Jun 2022)
2. Kuantan - 90.7MHz dari Bukit Kemuning (28hb Ogos 2022)
3. Pekan - 90.7MHz dari Bukit Kemuning (29hb Ogos 2022)
4. Cherating - 90.7MHz dari Bukit Kemuning dan 97.7MHz dari Bukit Bauk (30hb Ogos 2022)
5. Gambang - 90.7MHz dari Bukit Kemuning (31hb Ogos 2022)
6. Pulau Tioman - 90.7MHz dari Bukit Kemuning dan 97.7MHz dari Bukit Bauk (28hb April 2024)
No comments:
Post a Comment