Pada tahun 2022 dan 2023, saya menerima isyarat radio Pahang FM di beberapa kawasan negeri Johor, iaitu Endau (91.9MHz dari Kuala Rompin & 96.8MHz dari Pulau Tioman), Batu Anam (107.5MHz dari Gunung Ulu Kali), Segamat (107.5MHz dari Gunung Ulu Kali) dan Jementah (107.5MHz dari Gunung Ulu Kali).
Siaran Pahang FM sangat lemah didengari di negeri Johor seperti Endau, Batu Anam, Segamat dan Jementah, malah Pahang FM diganggu teruk oleh stesen radio yang dipancar dari Gunung Ledang (bagi Segamat, Batu Anam dan Jementah) dan Bukit Tinggi (bagi kawasan Endau).
Frekuensi FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali diganggu oleh Melody FM 107.3MHz dari Gunung Ledang dan Negeri FM 107.7MHz dari Gunung Ledang di Batu Anam, Segamat dan Jementah, manakala FM 91.9MHz dari Kuala Rompin diganggu oleh Johor FM 92.1MHz dari Bukit Tinggi di Endau. Selain itu, Pahang FM 96.8MHz dari Pulau Tioman juga mempunyai gangguan frekuensi dengan Sinar FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk dan Mediacorp Oli 96.8FM dari Singapura di kawasan Endau.
Pagoh ialah kawasan terbaru saya untuk menerima isyarat Pahang FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali di negeri Johor pada tahun 2024. Justeru, Pagoh juga ialah kawasan yang boleh menerima siaran Pahang FM 107.5MHz dengan lemah di Daerah Muar.
Pada 28hb April 2024, semasa perjalanan saya ke Mersing untuk Pulau Tioman, saya berhenti untuk bersarapan dalam kereta di R&R Pagoh Arah Selatan. Sebelum ini, saya pernah berkunjung ke negeri Johor, dan saya dapat mengesan isyarat Pahang FM 107.5MHz di kawasan Pagoh semasa perjalanan saya ke Yong Peng dan Kluang pada tahun 2023, tetapi saya tidak merakam video isyarat tersebut atas sebab keselamatan trafik.
Apabila saya bersinggah ke R&R Pagoh Arah Selatan, kebetulan masa saya berada di R&R Pagoh Arah Selatan ialah pukul 6 pagi dimana Pahang FM bermula siaran, saya bersarapan di dalam kereta sambil merakam video isyarat Pahang FM 107.5MHz di R&R Pagoh Arah Selatan.
Setelah Pahang FM menyiarkan lagu Negaraku dan Allah Selamatkan Sultan Kami (lagu Negeri Pahang), saya mula merakam video isyarat Pahang FM 107.5MHz apabila Pahang FM memulakan jingle stesen radionya serta bacaan doa permulaan siarannya (10-15 minit sebelum bacaan ayat suci Al-Quran pada 6:15 pagi) dalam kereta di R&R Pagoh Arah Selatan.
Pahang FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali mempunyai gangguan frekuensi yang teruk oleh dua buah stesen radio dari Gunung Ledang seperti Melody FM 107.3MHz dan Negeri FM 107.7MHz di Pagoh, Johor. Di samping itu, semasa saya bertolak dari R&R Pagoh untuk meneruskan perjalanan saya ke Mersing, saya juga mengesan FM 107.5MHz mempunyai gangguan frekuensi sama antara Pahang FM (Gunung Ulu Kali) dan Bernama Radio (Gunung Pulai) di kawasan R&R Pagoh Arah Selatan.
Apabila saya mendengar siaran Pahang FM 107.5MHz sambil memandu dari R&R Pagoh, saya terdengar siaran Bernama Radio yang lemah dari Gunung Pulai di dekat stesen minyak Petron R&R Pagoh dan BHPetrol Pagoh sebelum saya memasuki lebuhraya PLUS.
Dari Pagoh ke Yong Peng di PLUS Highway, Pahang FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali mempunyai co-channel interference (gangguan frekuensi sama) dengan Bernama Radio FM 107.5MHz dari Gunung Pulai, seperti saya mendengar di Tenang (kawasan antara Segamat dan Labis) dan Pekan Yong Peng.
Walaupun Pagoh ialah kawasan Daerah Muar yang boleh menerima siaran Pahang FM 107.5MHz dengan isyarat lemah dan lebih gangguan, tetapi saya percaya bahawa Pahang FM 107.5MHz tidak boleh diterima di kawasan berhampiran dengannya seperti Panchor, Bukit Pasir, Bukit Gambir, Gerisek dan Muar kerana kawasan ini tidak jauh dari Gunung Ledang, malah Pahang FM 107.5MHz "dikepit" oleh dua buah stesen radio yang dipancar dari Gunung Ledang iaitu Melody FM 107.3MHz dan Negeri FM 107.7MHz.
==Laporan penerimaan siaran Pahang FM 107.5MHz di Pagoh, Johor==
* Frekuensi: FM 107.5MHz
* Kuasa pemancar: 2kW
* Tempat pemancar: Gunung Ulu Kali, Pahang
* Tempat penerima: R&R Pagoh Arah Selatan, 84600 Pagoh, Johor
* Jarak: 183km
* Status: Lemah, dan mempunyai gangguan frekuensi dengan Bernama Radio FM 107.5MHz dari Gunung Pulai dan dua buah stesen radio dari Gunung Ledang (Melody FM 107.3MHz & Negeri FM 107.7MHz)
No comments:
Post a Comment