Tahukah anda? RTM Negeri FM yang khususnya untuk Negeri Sembilan boleh didengari di sebahagian kawasan negeri Pahang pada frekuensi FM 92.6MHz (Gunung Telapak Buruk) dan FM 107.7MHz (Gunung Ledang).
Dari tahun 2016 ke 2023, saya telah membuat rakaman video isyarat RTM Negeri FM 92.6MHz dan 107.7MHz di semua kawasan negeri Pahang, iaitu:
- 2016: Teriang, Temerloh (audio), Genting Highlands
- 2017: Lanchang
- 2019: Kemayan, Chenor, Manchis
- 2022: Maran (LPT), Jerantut, Gambang, Kuantan, Kuala Rompin, Muadzam Shah
- 2023: Raub, Temerloh (video), Kuala Krau, Jengka, Bentong, Gambang & Pekan
Pada tahun 2024, Pulau Tioman ialah kawasan terbaru saya untuk merakam isyarat Negeri FM 92.6MHz dari Gunung Telapak Buruk di negeri Pahang.
Rakaman video isyarat Negeri FM 92.6MHz di Pulau Tioman dibuat di kawasan Kampung Tekek dan Jeti Tekek, manakala FM 107.7MHz dari Gunung Ledang tidak mempunyai isyarat Negeri FM di Pulau Tioman.
Tidak sama dengan Terengganu FM, isyarat Negeri FM 92.6MHz dari Gunung Telapak Buruk yang diterima di Pulau Tioman adalah pemancaran biasa, bukannya troposfera. Di Pulau Tioman, Negeri FM 92.6MHz boleh didengari secara lemah.
* Frekuensi: FM 92.6MHz
* Kuasa pemancar: 2kW
* Tempat pemancar: Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan
* Tempat penerima: Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang
* Jarak: 232km
No comments:
Post a Comment