Sunday 17 September 2023

Selepas Parit Jawa, saya menerima siaran RTM Selangor FM 100.9MHz pula di Yong Peng, Johor.

Sempena Hari Malaysia pada 16hb September 2023 iaitu semalam, saya membuat konvoi radio DXing di negeri Johor, melibatkan Yong Peng, Paloh dan Chaah.


5 bulan lepas, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, saya menerima isyarat RTM Selangor FM 100.9MHz di Parit Jawa yang terletak di daerah Muar. Kini, saya pula boleh mengesan isyarat RTM Selangor FM 100.9MHz di Yong Peng.



Orang di Yong Peng boleh menerima tiga buah stesen radio negeri RTM iaitu Johor FM 105.3MHz (Gunung Ledang), Negeri FM 107.7MHz (Gunung Ledang) dan Melaka FM 102.3MHz (Gunung Ledang). Penerimaan siaran Negeri FM (107.7 dan 92.6) dan Melaka FM 102.3MHz kurang jelas sebenarnya, manakala Melaka FM 102.3MHz mengalami gangguan frekuensi sama dengan Hijrah Radio FM 102.3MHz yang dipancar dari Batam, Indonesia di Yong Peng, menyebabkan siaran Melaka FM 102.3MHz kurang stabil di Yong Peng.


Selain dari 3 buah stesen radio negeri RTM, Selangor FM 100.9MHz diterima di Yong Peng, Johor dengan isyarat yang sangat lemah. Rakaman video diambil di kawasan berhampiran pejabat Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) dengan radio kereta.


Jarak dari Gunung Ulu Kali ke Yong Peng ialah 211km.

 

Untuk makluman, kebanyakan kawasan Yong Peng tidak dapat menerima siaran Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali, kemungkinan isyarat Selangor FM 100.9MHz di Yong Peng itu berbentuk troposfera.


Pahang FM 107.5MHz tidak dapat diterima di Yong Peng, frekuensi 107.5MHz ialah Bernama Radio yang dipancar dari Gunung Pulai.

 

Selain kawasan Yong Peng, siaran Selangor FM 100.9MHz tidak dapat diterima di Chaah, Labis, dan Paloh.


Terdapat video isyarat RTM Melaka FM dan Negeri FM yang dirakam di Yong Peng, manakala Johor FM 105.3MHz tidak dirakam kerana Yong Peng ialah kawasan liputannya.

No comments:

Post a Comment