Friday, 1 September 2023

Isyarat RTM Kelantan FM dikesan di Kuala Terengganu pada frekuensi FM 97.3MHz (Bukit Bakar) dan FM 107.1MHz (Bukit Bintang)


RTM Kelantan FM mempunyai sebuah pemancar di negeri Terengganu, iaitu Bukit Bintang pada frekuensi FM 107.1MHz. Tidak sama dengan Terengganu FM 96.2MHz, Traxx FM 97.0MHz dan stesen radio RTM lain kerana Kelantan FM 107.1MHz menggunakan antena "directional" untuk meliputi kawasan titik buta FM 97.3MHz Bukit Bakar di Jajahan Pasir Puteh serta Besut yang mempunyai banyak orang yang bercakap Bahasa Kelate dengan menghala ke arah utara sahaja.

 

Di negeri Terengganu, RTM Kelantan FM 107.1MHz dari Bukit Bintang meliputi kawasan Bandar Jerteh, Kampung Raja, dan Kuala Besut di Daerah Besut serta Bandar Permaisuri di Daerah Setiu. Isyarat semakin lemah selepas Bandar Permaisuri apabila menghala ke arah Chalok, manakala Kelantan FM masih boleh terus didengari di Chalok dan Sungai Tong pada FM 97.3MHz dari Bukit Bakar, namun isyarat lemah.

 

Untuk Hulu Besut, Kelantan FM mungkin boleh didengari pada frekuensi FM 97.3MHz.

 

Pada 27hb Ogos 2023, saya berada di Kuala Terengganu untuk bercuti dan membuat pemantauan isyarat radio FM jauh dari tempat pemancar. 

 

Saya menerima siaran Kelantan FM pada frekuensi FM 97.3MHz (Bukit Bakar) dan FM 107.1MHz (Bukit Bintang) di Kuala Terengganu, isyarat ditangkap di atas Jambatan Angkat dan kawasan sekitar KTCC Mall.

 

FM 97.3MHz Bukit Bakar lebih kuat daripada FM 107.1MHz Bukit Bintang di Kuala Terengganu. 

 

Berbanding dengan Ai FM 97.8MHz dan Terengganu FM 96.2MHz dari Bukit Bintang, isyarat frekuensi Kelantan FM 107.1MHz memang sukar didengari di Kuala Terengganu akibat Kelantan FM 107.1MHz di Bukit Bintang tidak memancar ke arah selatan. Oleh itu, liputan Kelantan FM 107.1MHz di negeri Terengganu hanya meliputi Besut dan sebahagian Setiu, isyarat FM 107.1MHz cuma boleh didengari ke kawasan sehingga Bandar Permaisuri.


Kelantan FM 97.3MHz Bukit Bakar mempunyai gangguan frekuensi oleh Sinar FM 97.5MHz dari Bukit Besar apabila saya mendengar siaran Kelantan FM di Kuala Terengganu.


Untuk Daerah Setiu, Bandar Permaisuri adalah tempat yang hanya boleh menerima siaran Kelantan FM pada 107.1MHz dari Bukit Bintang, manakala pendengar perlu menerima siaran Kelantan FM di Chalok dan sebahagian kecil Sungai Tong pada frekuensi FM 97.3MHz dari Bukit Bakar.


==Kelantan FM di Setiu==

* Bandar Permaisuri: FM 107.1MHz

* Chalok & Sungai Tong: FM 97.3MHz

No comments:

Post a Comment