Tuesday 5 September 2023

Siaran radio Molek FM masih boleh didengari di Daerah Dungun, Terengganu pada frekuensi FM 93.6MHz yang dipancar dari Bukit Besar, Kuala Terengganu.

 

Tahukah anda? Walaupun kawasan sasaran Molek FM frekuensi FM 93.6MHz dari Bukit Besar ialah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Marang dan Hulu Terengganu, frekuensi Molek FM 93.6MHz masih boleh diterima di kawasan Daerah Dungun.


Pada 27hb dan 30hb Ogos 2023, saya telah membuat rakaman video penerimaan siaran Molek FM 93.6MHz di 4 buah kawasan Daerah Dungun iaitu Kuala Dungun, Paka, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Ketengah Jaya.


1. Paka

 


2. Kuala Dungun


3. Bandar Al-Muktafi Billah Shah


4. Ketengah Jaya


Di Bukit Besi, Molek FM 93.6MHz masih jelas isyaratnya. Mengenai penerimaan frekuensi FM 100.4MHz dari Bukit Pelindung di Daerah Dungun, siaran Molek FM 100.4MHz diganggu oleh Minnal FM 100.7MHz dari Bukit Besar di Paka dan Kuala Dungun.


Secara keseluruhan, Molek FM 93.6MHz lebih jelas daripada 100.4MHz di Daerah Dungun, Terengganu. Untuk meliputi kawasan Daerah Dungun dan Kemaman Utara (Kemasik, Kerteh) dengan lebih jelas, Media Prima Audio boleh melancarkan frekuensi Dungun untuk Molek FM dengan memohon lesen frekuensi kepada SKMM di tempat pemancar Bukit Bauk.

1 comment:

  1. Saya dapat terima jugak frekuensi 93.6 MHz di Dungun dengar Molek FM.

    ReplyDelete