Saturday, 28 January 2023

RTM Pahang FM perlu menukar frekuensi Muadzam Shah dari 88.0MHz kepada 103.9MHz akibat gangguan isyarat oleh RTM Radio Klasik FM 87.9MHz dari Gunung Telapak Buruk di Muadzam Shah.

 

RTM Pahang FM mempunyai frekuensi Muadzam Shah pada FM 88.0MHz yang dipancar dari Bukit Sembilan.

 

Pada 18hb September 2022, saya telah mengunjungi Muadzam Shah dan menjalankan aktiviti pemantauan isyarat radio jauh, atau dikenali DXing.

 

Penerimaan siaran Pahang FM 88.0MHz dari Bukit Sembilan tidak jelas di Bandar Muadzam Shah kerana gangguan frekuensi oleh RTM Radio Klasik FM 87.9MHz dari Gunung Telapak Buruk serta 8FM 88.1MHz dari Gunung Ledang.

 

Bukit Sembilan ialah tempat pemancar yang strategik kerana ia boleh meliputi Keratong, Muadzam Shah dan Kuala Rompin (Tanjung Gemuk). Masalah penerimaan Pahang FM 88.0MHz bukan disebabkan oleh tempat pemancar, tetapi frekuensi yang sedang digunakan oleh Pahang FM.

 

Frekuensi antara Bukit Sembilan dan Gunung Telapak Buruk harus dijarakkan sekurang-kurangnya 300kHz, manakalan Bukit Sembilan dan Bukit Pelindung ialah 200kHz.

 

Untuk menyelesaikan masalah penerimaan Pahang FM di Muadzam Shah, saya mencadangkan RTM Pahang FM untuk menukar frekuensi dari 88.0MHz ke 103.9MHz. Pada masa yang sama, setelah menggunakan frekuensi FM 103.9MHz, RTM Pahang FM boleh menambah kuasa pemancar Bukit Sembilan kepada 0.5kW.

 

==Analisis frekuensi==

103.6MHz: Era FM Gunung Telapak Buruk

103.9MHz: Pahang FM Bukit Sembilan

<300kHz, OK> 

 

103.9MHz: Pahang FM Bukit Sembilan

104.1MHz: Best FM Gunung Ulu Kali

<200kHz, OK>

 

103.9MHz: Pahang FM Bukit Sembilan

104.1MHz: Pahang FM Bukit Pelindung

<200kHz, OK>

 

103.9MHz: Pahang FM Bukit Sembilan

104.3MHz: Hot FM Gunung Ledang

<400kHz, OK>

 

103.8MHz: Manis FM Bukit Senggora

103.9MHz: Pahang FM Bukit Sembilan

<100kHz, OK> 

 

Berdasarkan pada analisis frekuensi radio atas berikut, FM 103.9MHz sesuai digunakan untuk pemancaran Pahang FM di Bukit Sembilan. Pahang FM 103.9MHz Bukit Sembilan mempunyai jarak frekuensi 100kHz dengan Manis FM 103.8MHz Bukit Senggora yang meliputi Maran, tiada masalah antara kedua-dua pihak kerana liputan berbeza.

 

Dengan pemancar 500W di Bukit Sembilan oleh Pahang FM 103.9MHz, kawasan Keratong dan Selancar boleh menerima siaran Pahang FM lebih jelas daripada 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali. Selain itu, kawasan Tanjung Gemuk yang tidak dapat menerima siaran Pahang FM 91.9MHz dari Kuala Rompin dengan jelas boleh menerima siaran ini pada 103.9MHz.

 

Di luar negeri Pahang, sebahagian kawasan Negeri Sembilan seperti Jempol Timur (Felda Palong dan Serting Hilir) dan Johor (Pemanis di Segamat) boleh menerima siaran Pahang FM 103.9MHz dari Bukit Sembilan.

 

Jika frekuensi Pahang FM 103.9MHz dari Bukit Sembilan boleh meliputi Keratong dan Tanjung Gemuk, Pahang FM tidak perlu "merentas negeri" ke Johor untuk memasang pemancar di Gunung Ledang dan Bukit Tinggi dimana cadangan untuk menambah pemancar Pahang FM di Johor tidak praktikal.

 

==Cadangan penukaran frekuensi Pahang FM di Muadzam Shah==

* Frekuensi: FM 103.9MHz

* Kuasa pemancar: 0.5kW

* Tempat pemancar: Bukit Sembilan, Pahang

* Kawasan liputan: Muadzam Shah, Bukit Ibam, Selancar, Keratong, dan Bera Selatan

No comments:

Post a Comment