Saturday, 28 January 2023

Isyarat RTM Kedah FM 97.5MHz dari Gunung Jerai dikesan di Teluk Intan, Perak

Di negeri Perak, RTM Kedah FM masih boleh diterima isyaratnya pada frekuensi berikut:


1. FM 97.5MHz Gunung Jerai: Taiping, Parit Buntar, Bagan Serai, Semanggol, Changkat Jering, Terong, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Matang, Simpang, Kuala Sepetang, Batu Kurau, Tasik Temenggor, Titiwangsa


2. FM 88.5MHz Bukit Sungai Kechil: Selama


3. FM 90.5MHz Bukit Palong: Klian Intan, Pengkalan Hulu, Lawin dan Gerik


Memang mustahil Kedah FM boleh diterima di Teluk Intan kerana frekuensi bersebalahannya Hot FM 97.6MHz dari Gunung Ulu Kali masih jelas, tetapi saya mengesan isyarat Kedah FM 97.5MHz dari Gunung Jerai.

Video penerimaan siaran Kedah FM 97.5MHz dari Gunung Jerai dirakam di Jalan Sithambaram Pillay yang berhampiri dengan Jalan Woo Saik Hong.

 

Gangguan frekuensi oleh Hot FM 97.6MHz dari Gunung Ulu Kali dikesan semasa mendengar siaran Kedah FM 97.5MHz di Teluk Intan, Perak.

 

Secara teknikal, Kedah FM 97.5MHz dari Gunung Jerai masih boleh diterima di Lumut, Pangkor dan Pantai Remis, tetapi gangguan frekuensi oleh Hot FM 97.6MHz dari Gunung Ulu Kali masih boleh dikesan.


==Laporan penerimaan Kedah FM di Teluk Intan, Perak==

* Frekuensi: FM 97.5MHz

* Kuasa: 5kW

* Tempat pemancar: Gunung Jerai, Kedah

* Tempat penerimaan: Jalan Sithambaram Pillay, Teluk Intan, Perak

* Jarak: 206km

 

Kedah FM boleh diikuti siaran dengan melalui RTM Klik atau secara online di Teluk Intan dan luar kawasan wilayah utara Semenanjung Malaysia.

No comments:

Post a Comment