Monday, 23 January 2023

RTM Mutiara FM boleh diterima di Taiping, Perak pada frekuensi FM 93.9MHz dari Gunung Jerai.

 

Radio RTM Pulau Pinang (Mutiara FM) bersiaran dengan 3 frekuensi iaitu FM 95.7MHz dari Bukit Penara (untuk Georgetown, Bayan Lepas & Seberang Perai), FM 93.9MHz dari Gunung Jerai (untuk Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong & Teluk Bahang) dan FM 90.9MHz dari Bukit Genting (untuk Balik Pulau).

 

Mutiara FM masih boleh didengari di Kedah Selatan (Kulim, Bandar Baharu & Sungai Petani) dan sebahagian Perak Utara (Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau & Tanjung Piandang) pada frekuensi FM 95.7MHz dari Bukit Penara, manakala pendengar di kawasan Kedah Tengah (Pendang, Gurun dan Sungai Petani) masih boleh menerima siaran Mutiara FM pada frekuensi FM 93.9MHz dari Gunung Jerai.

 

Tahukah anda? Siaran Mutiara FM boleh didengari di Taiping, Perak pada frekuensi FM 93.9MHz dari Gunung Jerai.

 

3 tahun 1 bulan lepas, saya mengunjungi Taiping untuk bercuti dan menguji penerimaan siaran RTM Mutiara FM pada frekuensi FM 93.9MHz dan FM 95.7MHz.

 

Antara dua frekuensi, penerimaan siaran Mutiara FM pada frekuensi FM 93.9MHz (Gunung Jerai) lebih jelas dan stabil daripada FM 95.7MHz (Bukit Penara) di Taiping, Perak. Siaran Mutiara FM 95.7MHz diganggu oleh Perak FM 95.6MHz yang dipancar dari Gunung Kledang di kawasan Taiping. 

 

Berbeza dengan Kuala Kurau, Bagan Serai, Tanjung Piandang dan Parit Buntar, siaran Mutiara FM 93.9MHz dari Gunung Jerai tidak mempunyai gangguan frekuensi dengan RTM Nasional FM 93.9MHz yang dipancar dari Bukit Genting (Balik Pulau).

 

Selain daripada Perak FM 104.1MHz, kawasan Taiping boleh menerima dua buah lagi stesen radio negeri RTM, iaitu Kedah FM 97.5MHz dan Mutiara FM 93.9MHz. 


==Penerimaan siaran Mutiara FM di Taiping, Perak==

* Frekuensi: FM 93.9MHz

* Kuasa pemancar: 0.1kW

* Tempat pemancar: Gunung Jerai, Kedah

* Tempat penerima: Bandar Taiping, Perak

* Jarak: 111km 

No comments:

Post a Comment