Saturday 28 January 2023

RTM Mutiara FM 93.9MHz Gunung Jerai boleh diterima di Bagan Datuk, Perak?

Siaran Mutiara FM (RTM Pulau Pinang) sebenarnya boleh didengari di Perak Utara seperti Taiping, Parit Buntar, Bagan Serai, Tanjung Piandang, Semanggol, Changkat Jering dan Kuala Kurau pada frekuensi 93.9MHz (Gunung Jerai) atau 95.7MHz (Bukit Penara).

 

Walaupun Mutiara FM 93.9MHz dari Gunung Jerai hanya meliputi Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Tanjung Tokong sahaja dimana kawasan ini tidak dapat menerima isyrat dari Bukit Penara pada 95.7MHz, tetapi Taiping boleh menerima siaran ini pada 93.9MHz kerana tempat pemancar Gunung Jerai amat tinggi.

 

Yang paling mengejutkan ialah siaran Mutiara FM 93.9MHz dari Gunung Jerai boleh diterima di Bagan Datuk, Perak.

FM 93.9MHz boleh dikatakan ialah Bernama Radio yang dipancar dari Menara Kuala Lumpur kerana isyarat Bernama Radio FM 93.9MHz boleh dikesan di Bagan Datuk dan Teluk Intan dengan lemah, tetapi ikutkan kandungan radio segmen pagi pada frekuensi FM 93.9MHz, Bernama Radio tertumpu dengan topik serius (isu semasa), manakala Mutiara FM tertumpu lebih pada hiburan.


Berdasarkan pada rakaman video FM 93.9MHz yang diterima di Bagan Datuk, Perak, saya mengenalpasti siaran FM 93.9MHz ialah Mutiara FM dari Gunung Jerai. Video tersebut dirakam di Bandar Bagan Datuk, Perak pada 31hb January 2022 (iaitu sehari sebelum Tahun Baru Cina 2022). Penerimaan siaran Mutiara FM 93.9MHz dari Gunung Jerai tidak stabil semasa saya merakam isyaratnya akibat gangguan frekuensi oleh siaran Radio DSB FM 93.8MHz yang dipancar dari Deli Serdang, Wilayah Sumatera Utara, Indonesia, manakala gangguan frekuensi dengan Bernama Radio FM 93.9MHz dari Menara Kuala Lumpur boleh dikesan.

 

==Laporan penerimaan RTM Mutiara FM di Bagan Datuk, Perak==

* Frekuensi: FM 93.9MHz

* Kuasa: 0.1kW

* Tempat pemancar: Gunung Jerai, Kedah

* Tempat penerima: Bagan Datuk, Perak

* Jarak: 203km

* Model penerima radio: TECSUN PL-310ET


Pendengar boleh mengikuti siaran Mutiara FM dengan melalui RTM Klik atau secara online di Bagan Datuk dan luar Pulau Pinang. Artikel blog ini sekadar pemantauan isyarat radio jauh dimana diterima di luar liputan pemancar radio.

No comments:

Post a Comment