Sunday 29 January 2023

Penerimaan siaran Pahang FM di negeri Johor.

 

Tahukah anda? RTM Pahang FM bukan sahaja boleh didengari di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Perak Selatan, Kelantan Selatan dan sebahagian Negeri Sembilan/Melaka, namun sebahagian kecil negeri Johor boleh menerima siaran Pahang FM dengan melalui isyarat radio FM.

 

Isyarat Pahang FM masih boleh diterima dengan lemah di sebahagian kawasan negeri Johor:

 

1. Segamat (153km)

2. Batu Anam (139km)

3. Pekan Endau (22km)

4. Gunung Belumut, Kluang (246km)

 

Di Segamat dan Batu Anam, pendengar boleh menerima siaran Pahang FM pada frekuensi FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali, tetapi gangguan frekuensi oleh Melody FM 107.3MHz dari Gunung Ledang boleh dikesan. Isyarat FM 107.5MHz semakin stabil dan jelas jika diterima di kawasan Segamat yang berhampiran dengan sempadan Pahang (Felda Selancar).

 

Manakala Pahang FM boleh diterima dengan isyarat yang lemah di Pekan Endau, Johor pada frekuensi FM 91.9MHz dari Kuala Rompin, tetapi gangguan frekuensi oleh Johor FM 92.1MHz dari Bukit Tinggi boleh dikesan. Frekuensi Pahang FM 96.8MHz dari Pulau Tioman diganggu oleh Sinar FM 96.9MHz dari Gunung Telapak Buruk dikesan di Endau, Johor.

 

 

Di Gunung Belumut, Kluang, siaran Pahang FM 107.5MHz pun boleh diterima pulak, tetapi gangguan frekuensi dengan Bernama Radio FM 107.5MHz dari Gunung Pulai boleh dikesan di antara Gunung Belumut dan Bandar Kluang.

No comments:

Post a Comment