Monday, 2 January 2023

Frekuensi RTM Negeri FM 92.6MHz lebih jelas daripada 107.7MHz di sebahagian besar kawasan negeri Johor.

 

RTM Negeri FM yang meliputi Negeri Sembilan mempunyai sebuah pemancar di Gunung Ledang pada frekuensi FM 107.7MHz.

 

Secara teknikal, Negeri FM 107.7MHz dari Gunung Ledang bukan meliputi Johor Utara sebenarnya, ia meliputi kawasan Negeri Sembilan Timur dan Selatan yang tidak dapat menerima isyarat FM 92.6MHz dari Gunung Telapak Buruk dengan jelas seperti Gemencheh (Bukit Rokan), Felda Sungai Lui di Jempol, Simpang Pertang dan Batu Kikir.

 

Walaupun FM 92.6MHz dari Gunung Telapak Buruk meliputi Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau, Port Dickson, dan Bahau, tetapi Negeri FM 92.6MHz boleh diterima di sebahagian besar negeri Johor.

 

Saya membuat perbandingan kekuatan isyarat Negeri FM 92.6MHz dan 107.7MHz di Bekok dan Segamat, frekuensi 92.6MHz lebih jelas daripada 107.7MHz.

 

Kepada pendengar Negeri FM di Segamat, Muar, Kluang dan Batu Pahat, sekiranya 107.7MHz dari Gunung Ledang lemah atas sebab pemancaran hanya meliputi Negeri Sembilan Timur, sila menala frekuensi kepada FM 92.6MHz daripada Gunung Telapak Buruk. 

 

FM 107.7MHz hanya boleh didengari di Tangkak dan Jementah.

No comments:

Post a Comment