Monday 17 July 2023

Pusat Bandar Jengka ialah kawasan Pahang Tengah di Daerah Maran yang paling jelas untuk menerima siaran Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali.

RTM Selangor FM boleh didengari di kawasan Pahang Barat seperti Bentong, Karak, Lanchang, Kuala Lipis, Mentakab, Temerloh, Bandar Bera dan sebahgian Raub pada frekuensi FM 100.9MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali, tetapi siaran radio ini masih boleh diterima lagi di Pahang Tengah.

 

Dari Bentong ke Kuantan, tidak seperti stesen radio lain dari Gunung Ulu Kali yang boleh diterima sehingga Maran dan Sri Jaya, RTM Selangor FM 100.9MHz cuma boleh didengari sehingga Chenor kerana antenna pemancarnya menghala ke arah barat untuk meliputi negeri Selangor sahaja. Pahang Barat seperti Bentong, Kuala Lipis, Bera, Temerloh dan sebahagian Raub yang boleh menerima siaran Selangor FM 100.9MHz adalah dikategorikan sebagai kawasan bonus.

Penerimaan siaran Selangor FM 100.9MHz di Chenor tidak jelas, manakala tiada isyarat boleh diterima di Maran, tetapi Selangor FM 100.9MHz masih jelas lagi di kawasan Pusat Bandar Jengka, Pahang dengan isyarat STEREO.

Oleh kerana itu, Pusat Bandar Jengka ialah kawasan Pahang Tengah yang hanya boleh menerima siaran Selangor FM 100.9MHz dengan jelas.

Pusat Bandar Jengka terletak di daerah Maran. Tempat tersebut ialah kawasan daerah Maran yang paling jelas untuk menerima siaran Selangor FM 100.9MHz, berbanding dengan Chenor dan Maran.

Jarak penerimaan siaran Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali ke Pusat Bandar Jengka ialah 92km.
 

No comments:

Post a Comment