Friday, 14 July 2023

Wujudkan semula Radio KADA, stesen radio pertanian di Kelantan, Malaysia.

Masihkah anda ingat tentang Radio KADA, stesen radio pertanian di negeri Kelantan?

Terdapat kawan saya yang berasal dari negeri Kelantan menyebut mengenai stesen Radio KADA di laman Facebook, saya memang tidak tahu mengenai stesen radio ini dan saya pergi memahami dan membaca latar belakang Radio KADA.


Apa saya tahu mengenai Radio KADA ialah stesen radio pertanian yang dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM) dimana stesen radio ini keudara pada tahun 1993.


Selain itu, saya bertanya kepada kawan saya yang berasal dari Kelantan mengenai Radio KADA.


Radio KADA ialah stesen radio pendahulu kepada Manis FM sebenarnya. Pada tahun 1993, Radio KADA dikenali sebagai RTM Radio 3 Kelantan Saluran KADA, dan ia bersiaran pada frekuensi FM 88.7MHz di Kota Bharu, Kelantan. Pihak KADA telah menjual lesen penyiaran Radio KADA kepada syarikat swasta Husa Network Sdn Bhd pada tahun 1997/98 dan Radio KADA dijenamakan sebagai Manis FM sejak tahun 1998.


Terdapat kawan saya ingin mengharap pengerusi KADA yang baru dilantik untuk mewujudkan semula Radio KADA.


Pada pandangan saya, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) boleh mewujudkan semula saluran Radio KADA, tetapi KADA perlu mendapatkan lesen frekuensi penyiaran radio dari SKMM terlebih dahulu. Jika Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) merancang untuk mewujudkan semula siaran Radio KADA, saya berminat untuk melibatkan diri dengan memberi cadangan frekuensi dan pemancaran radio.


==Tempat pemancar untuk Radio KADA==

1. Terdapat beberapa buah tempat pemancar untuk kawasan Kota Bharu, iaitu KBX Tunjung (CELCOM), Telipot (Telekom Malaysia), Wakaf Che Yeh (RTM) dan Peringat (Media Prima), saya mencalonkan KBX Tunjung dan Wakaf Che Yeh sebagai kajian untuk cadangan tempat pemancar siaran Radio KADA.


2. Celcom KBX Tunjung mempunyai pemancar Manis FM 90.6MHz, tetapi kurang stesen radio menggunakan infrastruktur menara pemancar CELCOM.


3. KADA ialah agensi kerajaan yang dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), dan RTM ialah agensi penyiaran kerajaan yang dibawah Kementeriam Komunikasi dan Digital. Oleh kerana KADA dan RTM ialah agensi kerajaan, dan RTM mempunyai menara pemancar di Wakaf Che Yeh (RTM Kota Bharu), KADA boleh menggunakan infrastruktur menara pemancar RTM Kota Bharu untuk siaran radio pertaniannya, iaitu Radio KADA. Ini bermakna Radio KADA dipancar dari RTM Kota Bharu dimana berkongsi tempat dengan Kelantan FM 102.9MHz.


4. Dengan perkongsian tempat pemancar RTM Kota Bharu oleh Radio KADA, saya berasa ia akan memberi kebaikan antara dua pihak, dan kos pemancaran akan lebih murah, berbanding dengan menyewa menara pemancar lain seperti Celcom dan TM kerana RTM dan KADA adalah agensi kerajaan.


==Cadangan frekuensi untuk Radio KADA==

1. Di Kota Bharu, terdapat beberapa frekuensi kosong yang boleh digunakan oleh stesen radio baru, seperti FM 87.6MHz, FM 93.2MHz, dan FM 100.3MHz/100.4MHz. Untuk pemancaran Radio KADA di RTM Kota Bharu, saya mencalonkan FM 100.4MHz sebagai frekuensi untuk siaran Radio KADA.


==Analisis frekuensi radio FM 100.4MHz==

99.8MHz: Melody FM Bukit Panau

100.4MHz: Radio KADA RTM Kota Bharu

<600kHz, OK>


100.0MHz: Yala, Thailand

100.4MHz: Radio KADA RTM Kota Bharu

<400kHz, OK>


100.3MHz: Pahang FM Gunung Brinchang

100.4MHz: Radio KADA RTM Kota Bharu

<100kHz, OK>


100.2MHz: IKIM FM Bukit Besar

100.4MHz: Radio KADA RTM Kota Bharu

<200kHz, OK>


100.4MHz: Radio KADA RTM Kota Bharu

100.5MHz: Nasional FM Gunung Jerai

<100kHz, OK>


100.4MHz: Radio KADA RTM Kota Bharu

100.5MHz: Tawauun Radio Pattani, Thailand

<100kHz, OK>


100.4MHz: Radio KADA RTM Kota Bharu

100.9MHz: Minnal FM Bukit Bakar

<500kHz, OK>


==Peta liputan siaran Radio KADA FM 100.4MHz dari RTM Kota Bharu==





Selain kawasan Kota Bharu, siaran Radio KADA FM 100.4MHz boleh didengari di Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok dan sebahagian Tanah Merah.

 

Manakala pendengar di kawasan negara Thailand seperti Sungai Golok, Tak Bai dan Sungai Padi boleh mengikuti siaran Radio KADA FM.


Dengan pelancaran semula Radio KADA, petani-petani di Kelantan boleh mendapatkan maklumat mengenai perkembangan pertanian dengan melalui siaran Radio KADA FM 100.4MHz. Selain maklumat terkini mengenai pertanian, pendengar juga boleh menikmati hiburan yang disajikan oleh juruhebah Radio KADA. Secara tidak langsung, Radio KADA boleh bersaing dengan stesen radio pantai timur yang bertaraf komersil seperti Molek FM, Manis FM dan Gegar di Kelantan.


==Cadangan parameter Radio KADA==

- Frekuensi: FM 100.4MHz

- Kuasa pemancar: 0.5kW

- Tempat pemancar: RTM Kota Bharu, Wakaf Che Yeh, Kelantan

- Ketinggian aras laut: 12 meter

- Ketinggian antenna: 95 meter

- Kawasan liputan: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok dan sebahagian Machang/Tanah Merah

No comments:

Post a Comment