Monday 17 July 2023

Penduduk di Pusat Bandar Jengka, Pahang boleh mengikuti siaran 3 buah stesen radio negeri RTM (Pahang FM, Negeri FM dan Selangor FM) dengan jelas.

Pusat Bandar Jengka ialah kawasan Pahang Tengah yang terletak di Daerah Maran, poskodnya ialah 26400. Ia ialah bandar yang terletak di antara Jerantut dan Maran. Jengka juga ialah kawasan FELDA yang terkenal di Pahang.

Untuk siaran radio, kebanyakan stesen radio di Jengka diterima isyaratnya dari Gunung Ulu Kali, walaupun isyarat dari Gunung Telapak Buruk, Gunung Ledang dan Bukit Istana masih boleh diterima di situ.

Tahukah anda? Penduduk di Jengka boleh mengikuti siaran 3 buah stesen radio negeri RTM iaitu:

1. Pahang FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali 

Saya membuat perbandingan kekuatan frekuensi Pahang FM antara 107.5MHz (Gunung Ulu Kali), 92.7MHz (Bukit Istana), 92.0MHz (Bukit Senggora) dan 102.2MHz (Bukit Fraser). 

FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali adalah frekuensi yang paling jelas diterima di Pusat Bandar Jengka dengan bacaan isyarat radio yang lebih tinggi daripada 92.7MHz Bukit Istana.

FM 92.7MHz Bukit Istana masih jelas diterima, manakala FM 92.0MHz Bukit Senggora tidak dapat diterima dengan jelas akibat gangguan frekuensi oleh Minnal FM 91.9MHz yang dipancar dari Bukit Istana.

FM 102.2MHz Bukit Fraser tidak dapat diterima di Pusat Bandar Jengka.
 

2. Negeri FM 107.7MHz dari Gunung Ledang

Berbanding dengan FM 92.6MHz dari Gunung Telapak Buruk, Negeri FM 107.7MHz dari Gunung Ledang diterima dengan jelas di Jengka, manakala FM 92.6MHz diganggu oleh Pahang FM 92.7MHz dari Bukit Istana.
 
Negeri FM 107.7MHz adalah stesen radio negeri RTM dari Gunung Ledang yang hanya boleh didengari dengan jelas di Pusat Bandar Jengka, manakala Melaka FM 102.3MHz tidak dapat diterima di kawasan tersebut kerana pemancarannya menghala ke arah barat untuk meliputi Melaka sahaja, frekuensi Johor FM 105.3MHz (Gunung Ledang) ialah isyarat Suria FM 105.3MHz dari Gunung Ulu Kali sepenuhnya di Jengka tanpa gangguan frekuensi.


3. Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali

Walaupun siaran Selangor FM 100.9MHz hanya meliputi Selangor sahaja, tetapi ia boleh didengari dengan jelas di Jengka.
 
 
Maka, penduduk di Pusat Bandar Jengka boleh mendapatkan maklumat mengenai apa berlaku di negeri lain (Negeri Sembilan dan Selangor) dengan mendengarkan siaran Negeri FM 107.7MHz dan Selangor FM 100.9MHz, selain daripada Pahang FM 107.5MHz.

No comments:

Post a Comment