Melaka FM 102.3MHz dan Negeri FM (92.6MHz atau 107.7MHz) ialah siaran stesen radio negeri RTM yang paling jelas didengari di negeri Melaka, namun terdapat dua lagi buah stesen radio negeri RTM masih boleh diikuti siarannya di sebahagian negeri Melaka, iaitu Selangor FM 100.9MHz dan Pahang FM 107.5MHz. Kedua-dua stesen radio tersebut dipancar dari Gunung Ulu Kali, Pahang, kuasa pemancar ialah 2kW.
Siaran Selangor FM 100.9MHz dan Pahang FM 107.5MHz boleh diterima di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Pengkalan Balak, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Lubuk Cina dan Tanjung Kling.
Penerimaan siaran Selangor FM 100.9MHz dan Pahang FM 107.5MHz kurang jelas di Lubuk Cina dan Sungai Udang, tetapi Selangor FM 100.9MHz boleh didengari lebih jelas di Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru, manakala Pahang FM 107.5MHz cuma boleh diterima dengan isyarat sederhana di Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru (isyarat MONO) kerana Pahang FM hanya meliputi Pahang Barat dari Gunung Ulu Kali.
Di Lubuk Cina, Pahang FM 107.5MHz diganggu oleh dua buah stesen radio yang dipancar dari Gunung Ledang seperti Melody FM 107.3MHz dan Negeri FM 107.7MHz.
Siaran Pahang FM 107.5MHz dan Selangor FM 100.9MHz sukar diterima di kawasan lain negeri Melaka seperti Alor Gajah, dan Durian Tunggal, manakala tiada isyarat boleh diterima pada frekuensi tersebut di Jasin, Merlimau, Bemban, Asahan, dan Melaka Selatan.
Terdapat video penerimaan siaran Selangor FM 100.9MHz dan Pahang FM 107.5MHz dirakam di negeri Melaka dengan kawasan berikut:
1. Lubuk Cina (113km)
2. Masjid Tanah (125km)
3. Kuala Sungai Baru (122km)
4. Sungai Udang (132km)
5. Alor Gajah (125km)
Selain daripada 4 kawasan Melaka tersebut, terdapat juga rakaman penerimaan isyarat Selangor FM dan Pahang FM di kawasan lain Melaka.
Pendengar di Kuala Sungai Baru, Sungai Udang dan Masjid Tanah boleh mendengar sekurang-kurangnya 4 buah stesen radio negeri RTM seperti Melaka FM 102.3MHz, Pahang FM 107.5MHz, Negeri FM 92.6MHz dan Selangor FM 100.9MHz, manakala Johor FM 105.3MHz dari Gunung Ledang tidak dapat diterima di kawasan tersebut kerana isyarat FM 105.3MHz ialah siaran Suria FM sepenuhnya yang dipancar dari Gunung Ulu Kali.
No comments:
Post a Comment