Thursday 27 April 2023

(FM DX 2023) RTM Selangor FM 100.9MHz diterima di Parit Jawa, Johor.

 


Di Muar dan Parit Jawa, Johor, pendengar boleh menerima 3 buah stesen radio negeri RTM seperti Johor FM 105.3MHz, Melaka FM 102.3MHz dan Negeri FM 107.7MHz/92.6MHz, namun saya boleh menerima siaran Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali di Parit Jawa, Johor.


Parit Jawa ialah sebuah pekan kecil di Daerah Muar, Johor yang terletak 15km dari Bandar Muar. 


Pada 21hb April 2023 (Ramadan 30), saya mengesan isyarat RTM Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali semasa saya berada di Pekan Parit Jawa, Johor. 


Di sini terdapat rakaman video saya yang diambil di Parit Jawa, Johor dengan penerima radio TECSUN PL-380 yang mempunyai antenna panjang.

Penerimaan siaran RTM Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali adalah sangat lemah di Parit Jawa, Johor. Ia sukar didengari di kawasan tersebut jika saya menggunakan radio kereta atau radio murah.


Isyarat Selangor FM 100.9MHz adalah kosong apabila diterima di Bandar Muar, Johor.


* Frekuensi: FM 100.9MHz

* Kuasa: 2kW

* Tempat pemancar: Gunung Ulu Kali, Pahang

* Kawasan penerimaan: Parit Jawa, Johor

* Jarak: 189km

No comments:

Post a Comment