Tahukah anda? RTM Radio Klasik boleh didengari di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan yang berhampiri dengan sempadan negeri Pahang (Cameron Highlands).
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 pada Syawal 1, saya mengunjungi lagi ke Lojing Highlands, Kelantan untuk membuat rakaman penerimaan isyarat radio bagi melengkapi kandungan video saya.
Di Lojing Highlands, saya mengambil rakaman siaran Radio Klasik dengan tiga frekuensi lagi untuk tahun 2023, manakala FM 93.6MHz Gunung Ledang dirakam pada tahun lepas.
Radio Klasik boleh diterima di Lojing, Kelantan pada frekuensi FM 95.5MHz (Bukit Bakar), FM 89.1MHz (Gunung Brinchang), dan FM 88.3MHz (Gunung Kledang), manakala FM 93.6MHz (Gunung Ledang) yang saya terima di Lojing pada tahun 2022 adalah isyarat troposfera.
1. FM 88.3MHz Gunung Kledang 2kW (46km)
2. FM 89.1MHz Gunung Brinchang 0.1kW (11km)
3. FM 95.5MHz Bukit Bakar 2kW (155km)
4. FM 93.6MHz Gunung Ledang 2kW (279km) [Tropo]
Antara 3 frekuensi, tidak termasuk FM 93.6MHz Gunung Ledang dimana ia adalah isyarat troposfera, FM 95.5MHz Bukit Bakar ialah frekuensi yang paling jelas diterima di Lojing, manakala FM 88.3MHz Gunung Kledang dan FM 89.1MHz Gunung Brinchang masih jelas lagi di Lojing.
Walaupun Radio Klasik FM 89.1MHz Gunung Brinchang masih boleh diterima dengan jelas di Lojing, tetapi FM 89.1MHz mempunyai gangguan frekuensi oleh siaran radio dari Thailand FM 89.0MHz yang dipancar dari Yala (Khao Pok Yo).
Radio Klasik FM 101.1MHz dari Kota Bharu diganggu oleh Traxx FM 101.1MHz dari Gunung Brinchang di Lojing, Kelantan.
Rakaman video diambil di Masjid Keputeraan Lojing, Kelantan.
Keseluruhannya, FM 95.5MHz dari Bukit Bakar ialah frekuensi yang paling jelas untuk mendengar Radio Klasik di Lojing.
==Penerimaan siaran Radio Klasik di Lojing, Kelantan==
* FM 95.5MHz Bukit Bakar: 92/100
* FM 88.3MHz Gunung Kledang: 73/100
* FM 89.1MHz Gunung Brinchang: 75/100
No comments:
Post a Comment