Sunday, 30 April 2023

Walaupun FM 95.6MHz Gunung Ledang tidak meliputi Melaka, tetapi RTM Asyik FM masih boleh didengari di sebahagian negeri Melaka pada FM 102.5MHz dari Gunung Ulu Kali.

 

Tahukah anda? Stesen radio bahasa Orang Asli RTM, Asyik FM masih boleh didengari di sebahagian kawasan Melaka dengan melalui frekuensi FM 102.5MHz dari Gunung Ulu Kali.

 

==Status terkini dan latar belakang pemancar Asyik FM 95.6MHz Gunung Ledang==

Walaupun Asyik FM mempunyai pemancar di Gunung Ledang pada frekuensi 95.6MHz, tetapi pemancaran tersebut tidak meliputi negeri Melaka seperti Radio Klasik FM 93.6MHz dan Traxx FM 97.4MHz. Hal ini kerana Asyik FM 95.6MHz Gunung Ledang hanya memberi tumpuan pada kawasan Orang Asli di Segamat, Chaah, Bekok dan Labis dengan antenna "directional" yang menghala isyarat ke arah tenggara dari Gunung Ledang, kuasa pemancar Asyik FM 95.6MHz hanya 0.25kW. Selain itu, Negeri FM bersiaran di Bukit Tampin pada 95.7MHz. Sekiranya pemancaran Asyik FM 95.6MHz dari Gunung Ledang meliputi Melaka, liputan siaran Negeri FM 95.7MHz Bukit Tampin akan diganggu kecuali frekuensi Asyik FM di Gunung Ledang ditukar atau pemancar Negeri FM 95.7MHz Bukit Tampin ditutup. Oleh itu, Asyik FM tidak dapat diterima di Melaka pada frekuensi FM 95.6MHz. 

 

==Kawasan Melaka yang boleh menerima siaran Asyik FM 102.5MHz dari Gunung Ulu Kali (5kW)==

1. Masjid Tanah (125km)

 

2. Sungai Udang (132km)

 

3. Kuala Sungai Baru (122km)

 

4. Lubuk Cina (113km) 

5. Tanjung Bidara

6. Kuala Linggi

7. Pengkalan Balak

 

Berkemungkinan gangguan frekuensi oleh Melaka FM 102.3MHz dari Gunung Ledang dan IKIM FM 102.7MHz dari Gunung Telapak Buruk boleh dikesan semasa mendengar siaran Asyik FM 102.5MHz di Melaka. 

 

Asyik FM 102.5MHz tidak dapat diterima di Alor Gajah, Melaka, gangguan frekuensi sama dengan Best FM (Bukit Tinggi) dan Fly FM (Gunung Pulai) dikesan.

 

Selain daripada 4 kawasan tersebut, terdapat juga beberapa rakaman video penerimaan siaran Asyik FM di kawasan lain negeri Melaka (contoh: Jasin) pada frekuensi FM 95.6MHz dari Gunung Ledang dan FM 102.5MHz dari Gunung Ulu Kali.

No comments:

Post a Comment