Thursday, 23 December 2021

Media Prima Audio akan melancarkan stesen radio ke-5 yang menyasarkan Pantai Timur pada Januari 2021, dikenali sebagai Molek FM.

Sejak 29hb November 2021, Buletin FM tidak lagi bersiaran di Kuala Terengganu dan Kota Bharu, manakala Hot FM membuat pertukaran frekuensi dengan Buletin FM di Kota Bharu.


Kini, Hot FM bersiaran di Kota Bharu pada 88.6MHz. Frekuensi 105.1MHz di Kota Bharu dan 93.6MHz di Kuala Terengganu adalah siaran percubaan.


Media Prima Audio bakal melancarkan stesen radio yang ke-5 pada Januari 2022, iaitu "Molek FM". Saya menerima berita dari kawan saya yang berada di Kelantan, stesen radio "Molek FM" akan dilancarkan 10 hari lagi.

 


"Molek" bermaksud cantik dan comel dalam Bahasa Kelate, berdasarkan kepada kawan saya.


Untuk makluman, "Molek FM" akan menjadi stesen Melayu Pantai Timur yang dikendali oleh Media Prima, dan bakal bersaing dengan Gegar dan Manis FM, mulai dari Januari 2022.


Molek FM akan bersiaran di Kuala Terengganu pada frekuensi 93.6MHz, manakala frekuensi di Kota Bharu ialah 105.1MHz.


Bagi kawasan Kuantan, saya belum mempunyai maklumat frekuensinya lagi.


Studio Molek FM bakal bertapak di cawangan Kota Bharu NSTP (New Straits Times Press) dimana ia juga bekas studio Hot FM Kelate, bukannya Sri Pentas.


Laman Instagram dan Facebook Molek FM dilancarkan hari ini.

 

Media Prima Audio bakal mempunyai 5 buah stesen radio pada Januari 2022.

 

- Fly FM

- Hot FM

- Buletin FM

- 8FM

- Molek FM

No comments:

Post a Comment