Saturday 25 December 2021

Logo penuh Molek FM telah "bocor", boleh dilihat melalui laman strimnya.

2 hari lepas, stesen radio Media Prima Audio yang bakal bersiaran pada Januari 2022, Molek FM telah membuat gambar teaser logonya dengan "M" sahaja sebagai gambar profilnya di Facebook.


Hari ini saya tersempak logo penuh Molek FM apabila kawan saya (juga peminat radio) menghantar link laman web strim Molek FM.


Di sini adalah logo penuh Molek FM, "bocor" di https://dengar.molekfm.audio/




Cogan kata Molek FM ialah "Gu Pantai Timur" (Sahabat Pantai Timur dalam dialek Melayu Kelate).


Di laman web strim LIVE Molek FM, ia masih bersiaran Buletin FM sehingga Januari 2022.


Frekuensi Molek FM

* Kota Bharu: 105.1MHz (Peringat)

* Kuala Terengganu: 93.6MHz (Bukit Besar)

* Kuantan: Belum ada lagi


No comments:

Post a Comment