Tahukah anda? Siaran IKIM FM boleh diterima di Lojing, Kelantan pada FM 102.7MHz dari Gunung Kledang.
Pemancar IKIM FM 102.7MHz di Gunung Kledang sebenarnya meliputi kawasan Ipoh dan Perak Tengah, manakala Cameron Highlands boleh menerima siaran IKIM FM pada frekuensi yang sama, tetapi IKIM FM 102.7MHz masih ada isyarat di Lojing, Kelantan.
Semasa saya memandu dari Gua Musang ke Cameron Highlands, IKIM FM mempunyai isyarat jelas di Pos Brooke (Lojing Kecil) pada 102.7MHz, penerimaan siaran IKIM FM 102.7MHz lebih jelas daripada Kelantan FM 97.3MHz Bukit Bakar, walaupun frekuensi itu dipancar dari Gunung Kledang.
Selepas saya mengunjungi Cameron Highlands dan kembali ke Gua Musang dengan melalui Jalan Lojing, saya berhenti di Masjid Keputeraan Lojing untuk FM DXing, bagi merakam isyarat radio jauh.
IKIM FM 102.7MHz dari Gunung Kledang sangat jelas di Lojing, Kelantan.
Semasa saya memandu dari Lojing ke Gua Musang, IKIM FM 102.7MHz masih jelas di Pos Brooke, dan liputan IKIM FM 102.7MHz Gunung Kledang masih boleh diterima sehingga Pos Blau. Tiada isyarat selepas melalui Pos Blau.
Di kawasan Lojing, IKIM FM 102.7MHz adalah stesen radio Gunung Kledang yang paling jelas. Saya berasa teruja atas penerimaan isyaratnya di kawasan tersebut, sedangkan stesen radio Gunung Kledang lain sudah lemah di Lojing. Saya mungkin berasa sistem antena IKIM FM 102.7MHz dari Gunung Kledang memancar ke arah timur, oleh itu kawasan Lojing boleh menerima siaran IKIM FM 102.7MHz dengan jelas.
Jarak antara Gunung Kledang dan kawasan Kelantan Barat Daya ialah 50km-90km.
No comments:
Post a Comment